Penerima anugerah Froge LE bagi subjek Matematik

 Nama

: Mohamad Adif Nadmi Bin Mohd Ahmadi

 Umur

09 Tahun

 Ahli

30 september 2014

 

Latar Belakang

 

Mohamad Adif Nadmi bin Mohd Ahmadi adalah pelajar darjah 3 Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Telah mendaftar sebagai ahli pada 30 September 2014. beliau sentiasa mengikuti program-program yang dianjurkan oleh petugas PI Felda Jenderak Utara. selain itu juga beliau adalah pelajar kelas Pembelajaran online subjek matematik yang di ajar oleh petugas Pusat Internet Felda Jenderak Utara.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ pengunaan PI

Pada pandangan beliau pada mulanya, anggapan beliau terhadap PI adalah tempat bermain games sama seperti cyber cafe lain. beliau kurang pengetahuan dalam ICT, kurang penglibatan dalam program-program yang di anjurkan oleh petugas PI. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara pada 30 Sept 2014, beliau menyedari PI adalah Pusat pembelajaran Komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli PI. Selain itu juga PI menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka. Kini, beliau menjadikan PI sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam lagi penggunaan Komputer bagi melakukan aktiviti pembelajaran pelajar Froge Le Asia.

 

Hasil dari sikap ingin tahu dan minat, beliau sentiasa membuka laman dashboard Froge Le yang di sediakan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menegah di pusat Internet Felda Jenderak Utara pada hari cuti sekolah. Atas usaha beliau, beliau telah mendapat tempat ke 2 bagi peringkat kebangsaan bagi subjek matematik dan sekolah mendapat tempat ketiga. Beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menyertai semua program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Utara. Dengan penggunaan berterusan di Pusat Internet, beliau telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan pada setiap bulan bagi ranking bulanan penggunaan Froge Le ini.

 

 

 

Kelas pengenalan kepada komputer

Nama

: Muhammad Syawal addin Bin Hazerinaf Hata

Umur

: 13 Tahun

Ahli

: December 2016

 

Latar belakang

 

Muhammad Syawal Addin Bin Hazerinaf Hata, Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kuala Krau. Ahli PI Felda Jenderak Utara sejak Dec 2016, banyak mengikuti program-program yang di anjurkan oleh Petugas PI Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Tidak mengetahui apa itu komputer dan komponen-komponennya. Pertama kali penubuhan PI pelajar-pelajar menyangkakan PI adalah pusat bermain game sama seperti cyber café yang terdapat dibandar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara pada permulaan penubuhannya, baru menyedari PI adalah Pusat pembelajaran Komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli PI. Selain itu juga, PI menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka seperti membayar bil. Kini, Adik Syawal menjadikan PI sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan selain dari di sekolah.

 

Nama

: Hazfieka Nabila Binti Azmi Apandi

Umur

: 26 Tahun

Ahli

: 2 Mei 2010

 

Latar belakang

Cik Hazfieka Nabila Bt Azmi Apandi berumur 26 tahun merupakan ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 2 Mei 2010. Cik Nabila memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan pada tahun 2013 bermula dengan air blended sahaja. Kini, beliau telah menambah pendapatan beliau dengan pelbagai jualan antaranya Chicken chop, Lamb Chop, Big Cup (Espresso, Chocolate Hazel, Cappuccino, Chocolate, Vanilla Oreo, Mocca, Vanilla, Kopi Kg, Coconut shake dan Green Tea). Dengan keadaan ekonomi masa kini, beliau sentiasa mengeluarkan produk – produk jualan yang baru bagi meningkatkan lagi pendapatan beliau. Antaranya sagu gula Melaka, lasagna dan beliau juga menerima tempahan kek, cheese tart, brownies untuk sebarang majlis. Selain dari pembeli boleh ke kedainya membeli, pembeli juga boleh membuat tempahan melalui facebook dan whatsapp beliau. Penghantaran juga disediakan. Beliau juga menjaga perniagaan Homestay Abah yang diusahakan oleh ayah beliau sendiri.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum Cik Nabila mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara, pendapatan bulanan beliau hanya RM100.00 hingga RM150.00 sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Cik Nabila mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan seperti laman media social untuk mempromosikan produk beliau, beliau kini lebih memahami bagaimana untuk memasarkan produk beliau. Alhamdullillah kini pendapatan Cik Nabila bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga telah diberi taklimat mengenai Dashboard PI yang mana platform ini dapat membantu beliau memasarkan produk beliau di dalam Dashboard PI (myshop). Beliau juga menyertai Taklimat MDEC you can Duit yang dianjurkan PI bagi menambahkan pendapatan beliau.

 

bella

 

Kelas pengenalan kepada komputer

Nama

: Pelajar Sek Ren Keb Tahun 2

Umur

: 8 Tahun

Ahli

: 2017

 

Latar belakang

Pelajar-pelajar Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara.  Ahli-Ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 15 mei 2015, banyak mengikuti program-program yang di anjurkan oleh Petugas PI Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Tidak mengetahui apa itu komputer dan komponen-komponennya. Pertama kali penubuhan PI pelajar-pelajar menyangkakan PI adalah pusat bermain game sama seperti cyber cafe yang terdapat dibandar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara pada permulaan penubuhannya, baru pelajar – pelajar sedar PI ialah Pusat untuk pembelajaran Komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli PI. Selain itu juga, PI menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka seperti membayar bil. Kini, Pelajar –pelajar menjadikan PI sebagai tempat mereka menimba ilmu pengetahuan selain dari di sekolah.

 

tahun 2

Kelas Komputer Ms Office, kelas membuat pages dan kelas poster

Nama

: Norzatol Akma Binti Zakaria

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Akma, adalah surirumah sepenuh masa, berniaga kerepek secara kecil-kecilan dan mengambil upah masakan bagi majlis sederhana. Ahli PI Felda Jenderak Utara sejak November 2016, seorang ahli squad PI yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya. Beliau sering terlibat dengan program-program yang di anjurkan oleh Petugas PI Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai sijil komputer hanya mengetahui serba sedikit sahaja mengenai komputer dan aplikasinya. Sebelum Pn Akma mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI1M Felda Jenderak Utara, beliau tidak mahir dalam menggunakan komputer. Beliau juga kurang mengikuti program-program yang dianjurkan oleh petugas PI Felda Jenderak Utara. Kerepek pisang beliau kurang mendapat sambutan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pn Akma menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara, beliau banyak mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas Komputer, Kelas Asas penyelenggaraan dan pemasangan Komputer, kelas Microsoft office dan kelas latihan keusahawanan seperti pengenalan kepada e-perniagaan untuk mempromosikan produk kuih beliau, beliau kini lebih memahami bagaimana untuk memasarkan produk kuih beliau dari semasa ke semasa. Alhamdullillah kini pendapatan Pn Akma bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga turut terlibat menjadi squad PI Felda Jenderak Utara, agar beliau lebih mudah untuk mempromosikan produk beliau. Selain menggunakan online marketing, beliau juga turut diberikan Taklimat mengenai Dashboard Komuniti yang mana secara tidak langsung menjadi platform untuk beliau meningkatkan lagi pendapatan beliau.