331928873 630466778841810 7090547229701100636 n

SEJARAH FELDA JENDERAK UTARA, TEMERLOH, PAHANG.

Felda Jenderak Utara adalah tanah rancangan yang mula dibuka pada tahun 1970. Felda Jenderak Utara terletak di mukim Jenderak iaitu di dalam daerah Temerloh. Terletak di dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Jenderak dan Parlimen kawasan Kuala Krau. Jarak tanah rancangan dari bandar Temerloh ialah sejauh 42KM. Sehingga bulan jun 1994 jumlah peneroka ialah sebanyak 517 orang iaitu terdiri daripada 508 Melayu, 2 orang Cina dan 7 orang India. Sebahagian besar peneroka rancangan ini berasal dari negeri Pahang iaitu 69%. Manakala bakinya berasal dari lain-lain negeri.

Jumlah penduduk seramai 3234 orang iaitu 1636 lelaki dan 1598 perempuan. Terdapat 2 peringkat , tanaman utama adalah getah. Peringkat satu dibangunkan pada tahun 1970/1971 sementara peringkat dua pada tahun 1971/1972. Mula menempatkan peneroka pada tahun 1974. keluasan kawasan pertanian ialah 2150.35 hektar manakala keluasan kawasan kampung pula 137.03 hektar. Peneroka mula masuk ke tanah rancangan pada tahun 1974 iaitu seramai 283 orang secara berperingkat-peringkat. Kemudian pada tahun 1976 sejumlah 234 orang peneroka telah di masukan lagi ke Felda Jenderak Utara.

Jumlah rumah yang dibina ialah sebanyak 487 buah rumah. Kemudian disusuli dengan peneroka tambahan seramai 19 orang dan 11 rumah peneroka juga turut dibina bagi penambahan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 516 buah rumah.

 

SENARAI NAMA-NAMA PENGURUS YANG PERNAH BERHIDMAT DI FELDA JENDERAK UTARA

1. N,Y Singgam                                              1970 -1972

2. Zainal Abidin Bin Sulaiman                         1972 - 1977

3. Mazlan Bin Zainuddin                                 1977 - 1978

4. A Rahman bin Zainuddin                             1979 - 1983

5. A salam Bin Abdullah                                  1983 - 1984

6. Mohd Dawang Bin HJ Abu                          1984 - 1993

7. Ab malik Bin Tahir                                     1993 - 2004

8. Azmi Bin Asmawi                                       2004 - 2006

9. Abdul Manan Bin Sartib                             2006 - 2014

10. Mohd fazli Bin Ibrahim                            2014 - Sekarang

 

SENARAI NAMA NAIB PENGERUSI RANCANGAN DARI TAHUN 1974 SEHINGGA SEKARANG

1. Ibrahim Bin Surau                                      1974 - 1975

2. Abdul Manaf Bin Yassin                              1976 - 1978

3. Ibrahim Bin Surau                                      1979 - 1981

4. Keria Bin Sulaiman                                      1982 - 1984

5. Mohamed Mokhtar Bin Mat Tahar              1985 - 1987

6. Karim Bin Md Din                                        1988 - 2004

7. Mohamed Mokhtar Bin Mat Tahar              2004 - 2005

8. Salim Bin Muda                                           2006 - sekarang