Nama

: Muhammad Rayyan Imani Bin Muhammad Ajlan

Umur

: 11 Tahun

Ahli

: 07 mei 2022

Latar belakang

Adik Rayyan seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 7 mei 2022.  Adik Rayyan merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Rayyan seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Rayyan pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak pertama kali Adik Rayyan mengikuti Kelas E-Tuisyen di PEDi Felda Jenderak Utara, Adik Rayyan sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian. Adik Rayyan tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Sokongan dan dorongan dari kawan-kawan yang juga ahli PEDi Felda Jenderak Utara, sama-sama mengikuti kelas e-tuisyen menambahkan lagi semangat beliau untuk mempelajari dunia ICT di PEDi Felda Jenderak Utara. Adik Rayyan juga mengikuti program-program lain yang dianjurkan di PEDi Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer, kelas Canva, rekaan animasi, kufi art, Microsoft office dan lain-lain.

Latar belakang

Muhammad Alif Safwan merupakan ahli Pusat Ekonomi Digital Malaysia sejak 22 Mei 2021. Sebelum memulakan perniagaan ternakan kambing secara kecil-kecilan, beliau adalah seorang penebar roti canai. Memulakan perniagaan ternakan kambing sejak Februari 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau memulakan ternakan kambing di kawasan belakang rumah sahaja. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran, beliau tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ternakan kambing, jenis makanan yang sepatutnya, jenis-jenis baka kambing dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula menyerap ilmu,  pengetahuan tentang perniagaan (ternakan kambing) di Youtube dan google. Beliau banyak membaca mengenai perniagaan ini. Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga, beliau berani untuk memulakan perniagaan ternakan kambing ini dengan modal permulaan sebanyak RM 15 ribu ringgit.

Beliau telah mengikuti Taklimat Perniagaan dari SSM secara online di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga belajar untuk membuat proposal perniagaan untuk mendapatkan modal perniagaan bagi meluaskan lagi kandang kambing dan menambah ternakan beliau. Beliau juga berjaya mempromosikan jual beli kambing atau daging kambing, dan juga berjaya merekod kewangan perniagaan ternakan kambing beliau dengan teratur.

 

Latar belakang

Adik Ammaratul seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 22 Januari 2022.  Adik Ammaratul merupakan kanak-kanak berusia 6 tahun, bersekolah di Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Ammaratul pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak pertama kali Adik Ammaratul mengikuti Kelas E-Tuisyen di PEDi Felda Jenderak Utara pada Jan 2022, Adik Ammaratul  sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama rakan-rakan. Adik Ammaratul tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Sokongan dari ibu ayahnya lagi menambahkan semangat beliau untuk mempelajari dunia ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.

Latar belakang

Mohd Syairi Hakimi merupakan pelajar Kolej Komuniti, memiliki Sijil Pemprosesan dan kawalan mutu makanan. Sebelum memulakan perniagaan Barber Shop, beliau mengikuti Kursus Gunting Rambut dan Dandanan Rambut di E Cut Barber & Hair Saloon Akademi Sdn Bhd selama 3 bulan di bawah anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2021.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau memulakan operasi Epol Barber Shop di kawasan rumah sahaja. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula menyerap ilmu,  teknik-teknik menggunting dan gaya-gaya baru di Youtube. Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga beliau berani untuk membuka kedai “ Epol Barber Shop” di kawasan Kedai Mara Felda Jenderak Utara dengan kos permulaan sebanyak RM 3000.00.

Beliau telah mengikuti Taklimat Perniagaan dari SSM secara online di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga belajar bagaimana untuk menghasilkan video-video menarik untuk mempromosikan lagi Epol Barber Shop. Kini, beliau aktif mempromosikan Epol Barber Shop di media social bagi menarik pelanggan tidak kira tua atau muda. 

Nama

Nor Nazurah Binti Azmi

Umur

: 32 Tahun

Ahli

: 22 Julai 2018

Latar belakang

Sebelum memulakan perniagaan coklat ais padu, Pn zura bekerja sebagai admin tuisyen “ Pusat Tuisyen Minda Indah di Ulu Tiram Johor. Pada tahun awal 2021 Pn zura mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga suami yang sakit. Beliau pulang ke Felda Jenderak Utara dan pada bulan Ogos 2021 beliau mengambil keputusan untuk berniaga Air Balang “ Coklat Ais Padu”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, komuniti Felda Jenderak Utara tidak tahu kewujudan kedai beliau kerana beliau berniaga di perkarangan rumah sahaja, bukan di kawan kedai Felda Jenderak Utara. Pendapatan yang diperolehi sehari RM 200- RM 250 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Puan Zura mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

Kini beliau boleh mencipta video pendek produk beliau sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di smartphone. Beliau aktif mempromosikan kedai beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa.