USAHAWAN KEREPEK PISANG

Nama

NOOR HAFIZA BINTI HARUN

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 23 NOVEMBER 2019

Latar belakang

Puan Noor Hafizah merupakan ahli NADI sejak 23 November 2019. Beliau adalah seorang guru dan juga berminat dalam perniagaan kerepek pisang. Minat yang mendalam dalam penghasilan kerepek mendorong beliau dan suami untuk mengusahakan kebun pisang sendiri supaya semua hasil boleh didapati dengan segera dan segar. Beliau memulakan perniagaan ini di dalam felda dan semakin meluas sehingga ke luar kawasan. Beliau seorang yang sangat cepat belajar dan sangat berminat dengan dunia ICT. Beliau juga selalu menyertai program anjuran NADI berkaitan keusahawan, Integriti beliau untuk memajukan felda amat tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam program keusahawan NADI, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pendapatan pengiklanan bisnes beliau hanya sekitar RM300 sebulan. Tempahan yang diterima sedikit sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan di NADI Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Felda Jenderak Utara. Kini, beliau menerima banyak tempahan dari dalam dan juga luar kawasan felda. Sehingga beliau berjaya memperoleh pendapatan yang lebih baik dan menambahbaik mutu dan kualiti kerepek pisang beliau. Beliau aktif mempromosikan bisnes beliau di media sosial dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa.

 USAHAWAN PULUT BERHIAS

Nama

NOOR HAFIZA BINTI HARUN

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 23 NOVEMBER 2019

Latar belakang

Puan Siti Roslah merupakan ahli NADI sejak 27 April 2010. Beliau merupakan graduan dari UiTM Shah Alam dan sangat meminati seni kulinari sejak remaja. Minat yang mendalam dalam masakan mendorong beliau untuk menambah pendapatan dengan menghasilkan masakan yang sedap dan menarik. Beliau memulakan perniagaan dengan menghasilkan pulut berhias untuk pelbagai majlis dan mendapat sambutan yang baik. Perniagaan ini mendapat tempahan di dalam Felda dan semakin meluas sehingga ke luar kawasan. Beliau seorang yang sangat cepat belajar dan sangat berminat dengan dunia ICT. Beliau juga selalu menyertai program anjuran NADI berkaitan keusahawan, Integriti beliau untuk memajukan Felda amat tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam program keusahawan NADI, mempunyai Kemahiran asas dalam aplikasi komputer, tetapi lebih kerap menggunakan aplikasi telefon. menjual dan mempromosikan produk makanan kepada jiran-jiran dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau menjalani Latihan asas pengeditan imej, penghasilan video secara kreatif dan juga pengetahuan perniagaan secara online. Dari segi kaedah promosi, beliau menggunakan akaun facebook, Instagram dan tiktok selain status dan Kumpulan whatsapp untuk mendapatkan pelanggan yang lebih meluas. Ianya membantu meningkatkan jumlah tempahan dan pendapatan bulanan beliau serta lebih dikenali oleh pelanggan.