BELAJAR ASAS KOMPUTER, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mohd Hairuddin Bin Abdullah
Umur : 67 tahun
Ahli : 2010

 

Latar belakang

En. Haairuddin adalah pengunjung yang sering berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara bagi urusan tertentu. Beliau adalah Bendahaari JKKR Felda Jenderak Utara. Beliau yang sering kali sibuk dengan urusan JKKR, mengurangkan beliau daripada aktiviti berkaitan ICT. Namun, beliau mempunyai banyak waktu terluang di pejabat apabila berurusan di pejabat ini. Pada waktu tersebut beliau dijemput ke PI1M Felda Jenderak Utara bagi mendekati pengetahuan ICT yang terdapat di PI1M.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatannya di PI1M, En. Haairuddin tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI1M. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word, Excel dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI1M. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI1M, En. Hairuddin telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI1M. selain itu juga, Encik Hairuddin mula berjinak-jinak bagi penggunaan gajet. beliau telah menghadiri kelas Gajet bagi mempelajari cara-cara penggunaan facebook menggunakan handfone dan penggunaan Wasup yang membolehkan dan memudahkan beliau untuk menghubungi dan menghantar gambar kepada kawan-kawan dan ahli keluaarga.

USAHAWAN KEREPEK

Nama

: NORSYAMSIZA BINTI MOHAMAD

Umur

: 25 tahun

Ahli

: 2017

Latar Belakang

Puan Norsyamsiza binti Mohamad adalah usahawan kecil di Felda Jenderak Utara. mempunyai 5 orang cahaya mata. dulunya beliau adalah seorang suri rumah sepenuh masa dan mula berjinak untuk berkecinpung daalam bidang pembuatan kerepek ini bagi menambah pendapatan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Puan Norsyamsiza merupakan pengusaha kerepek jejari dan kerepek pisaang di sekita kawasan Felda Jenderak utara dan Pekan Kuala Krau. beliau memasarkan kerepek di kedai-kedai makan, kedai runcit dan kepada rakan-rakan serta jiran tertaangga. cara pemasaran seperti ini sudah tidak relevan lagi kerana hebahan yang agak tehad dan pemintaan yang tidak begitu menggalakan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Sedar dengan kaedah pemasaran semasa, Beliau ke Pusat Internet 1 Malaysia bagi mempelajari teknik pemasaran yang terkini iaitu teknik permasaran dan pengiklanan  atas taliana. Beliau mula mengikuti kelas asas business online di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. beliau mula mempelajari cara-cara untuk membuka akaun facebook. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi1M KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian.

Apabila pemintaan semakin tinggi, penolong pengurus Pusat Internet 1 Malysia Felda Jenderak Utara mencadangkan Puan Norsyamsiza untuk membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakn pinjaman kepada usahawan-usahawan kecik yang ingin mengembangkan perniagaan dengan pinjaman permulaan sebanyak RM3000.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Norsyamsiza tetap berkunjung ke Pi1M Felda Jenderak Utar. bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya.

 

 

USAHAWAN HANDMADE FELT CRAF

Nama

: Nik Suraya Binti Nik Ludin

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2015

 

Latar Belakang

Cik Nik Suraya Binti Nik Ludin adalah usahawan kecil handmade felt craf di Felda Jenderak Utara. Berkelulusan Diploma in Tourism. masih bujang dan anak ke 2 dari 3 orang adik beradik.

 

Sebelum penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Seawal penglibatan beliau bagi penghasilana handmade felt craf adalah bermula dengan minatnya untuk menghias bilik dan kereta beliau sendiri. kemudian berkembang kepada tempahan kawan-kawan karib yang ingin menghias kereta dan gift majlis kecil-kecilan. penghasilan hasil kraf tangan cik yaya mula menjadi buah mulut penduduk setempat dan mendapat tempahan dari penduduk dan jiran-jiran.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet 1 Malaysia

Bermula dengan mengikuti kelas asas business online DUN Jenderak di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. cik Yaya mula mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk kraf tanganya. Pada awalnya beliau mengupload semua hasil tanganya di dalam facebook.  dari hari kehari, tempahan mula bertambah dan sehingga tidak menang tangan untuk menyiapkan semua tempahan.

Bagi memperluaskan lagi perniagaan kraf tangan ini beliau telah mengikuti kelas usahawan lanjutan bagi membina pages dan blog di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. ramai rakan-rakan dan pelanggan yang membuat tempahan. Cik Yaya tetap terus berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti Komputer yang bersesuaian, internet yang berkelajuan tinggi dan mesin pencetak.