Nama

: Rossuzaimah Binti Abu Kasim

Umur

: 38 Tahun

Ahli

: 09 Oktober 2010

 

Latar belakang

Rossuzaimah adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010, beliau berumur 38 tahun, sebelum Negara dilanda Covid-19, beliau adalah seorang usahawan catering. setelah wabak covid-19 merebak ke serata Negeri di Mlaysia dan arahan PKP dikeluarkan, perniagaan beliau mula semakin merosot dan kurang permintaan akibat SOP bagi majlis-majlis di perketatkan. bagi meneruskan kelangsungan hidup keluarga beliau, beliau telah mencuba menjual gubahan orkid sevara kecil-kecilanbermula May 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Beliau mengikuti bengkel-bengkel atau kelas keusahawanan di Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam penggunaan internet dan aplikasi-aplikasi bagi menedit gambar-gambar bagi tujuan promosi. Beliau juga tidak pandai menguruskan aliran keluar masuk modal dengan betul. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara online bagi menambahkan lagi pendapatan sampingan beliau. Perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook, instageram dan status whatsapp. Pendapatan yang pada pemulaanya hanya sekitar RM200, kini meningkat ke RM800 – RM1000 sebulan. Alhamdulillah, Rezeki beliau bertambah dari hari ke hari. Beliau menggunakan internet bagi mendapatkan idea-idea yang baru bagi mempelbagaikan gubahan bunga orked beliau.

imah orked 1 imah orkid

 

Latar belakang

Rasyidah Nayan adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2019, beliau berumur 22 tahun, tidak melanjutkan pelajaran dan hanya bekerja membantu keluarga berniaga kecil-kecilan sahaja. Beliau memulakan perniagaan Bouquet surprise ini bermula 2018 secara kecil-kecilan pada permulaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Beliau mengikuti bengkel-bengkel atau kelas keusahawanan di Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam penggunaan internet. Beliau juga tidak pandai menguruskan aliran keluar masuk modal dengan betul.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara online bagi menambahkan lagi pendapatan sampingan beliau. Perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook dan status whatsapp. Pendapatan yang dahulunya hanya sekitar RM200, kini meningkat ke RM500 – RM800 sebulan. Alhamdulillah, Rezeki beliau bertambah dari hari ke hari. Beliau menggunakan internet bagi mendapatkan idea-idea yang baru bagi mencantikkan lagi Bouquet surprise beliau.

rasidah nayan

 

Latar belakang

Pn Shakirah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 25 april 2010. Beliau merupakan seorang guru tabika kemas. Seorang yang cepat belajar dan ingin belajar sesuatu yang baru.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pn Shakirah seorang yang mahir menggunakan komputer dan kurang pendedahan dengan aplikasi yang dapat membantu dalam pembelajaran kanak-kanak tabika kemas. Beliau hanya mengetahui asas menggunakan komputer yang dipelajarinya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Semenjak mula mendaftar menjadi ahli di Pusat Internet Felda Jenderak Utara, Pn Shakirah menyedari Pusat Internet adalah tempat pembelajaran ICT secara percuma. Latihan yang dianjurkan setiap bulan adalah percuma. Kini, Pn Shakirah menjadikan Pusat Internet sebagai tempat menimba ilmu dalam meningkatkan ilmu pengetahuan ICT. 

syakirah syakirah 1

 

Latar belakang

Nor Azwin Farhana adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010, beliau merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan Kedai runcit bermula 2017 bersama ibubaba beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Beliau mengikuti bengkel-bengkel atau kelas keusahawanan di Pusat Internet, beliau kurang mahir dalam penggunaan internet. Beliau hanya fokus kepada perniagaan kedai runcit sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, Beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan secara online bagi menambahkan lagi pendapatan sampingan beliau. Beliau berniaga karpet, alas kaki, meja kopi viral, tuala kanak-kanak dan sebagainya. Perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook dan status whatsapp. Pendapatan yang dahulunya hanya sekitar RM500, kini meningkat ke RM800 – RM1300 sebulan. Alhamdulillah, Rezeki beliau bertambah dari hari ke hari.

awin aim  awin

Usahawan Tudung dan jahitan pakaian wanita dan lelaki

Nama

: Siti Hajar Binti Mat Saain

Umur

: 39 Tahun

Ahli

: 04 Mei 2010

Latar belakang

Puan Siti Hajar Binti Mat Saain  adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010. beliau merupakan seorang pengusaha jualan tudung dan taler jahitan pakaian wanita dan lelaki. beliau memulakan perniagaan ini semenjak tahun 2001 lagi secara kecil-kecilan di rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM500 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas-kelas dan bengkel yang di anjurkan oleh pihak Pusat Internet, perniagaan beliau telah di iklankan di laman-laman sosial seperti Facebook dan pages. Tempahan dan jualan tudung mula bertambah dan meluas. Pendapatan yang dahulunya hanya sekitar RM500, kini meningkat ke RM1000-Rm2500 sebulan. Semua hanya di hujung jari.