Usahawan Homestay Abah

 

Nama

: Azmi Apandi Bin Mokmina

Umur

: 50 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

 

Homestay Abah terletak di No 287 Felda Jenderak Utara, telah beroperasi selama 2 tahun. Homestay ini sangat terkenal di Sekitar Felda Jenderak Utara, ini kerana keunikkan pembinaan homestay ini “ suasana kampong yang sejuk” telah menarik minat pengunjung untuk menginap. Sambutan Homestay Abah amat menggalakkan apabila cuti sekolah dan musim kenduri kahwin. Antara aktiviti yang boleh dibuat di Homestay Abah ialah BBQ waktu malam dan hari keluarga. Sekiranya pengunjung tidak menyediakan makanan sendiri, perkhidmatan catering di sediakan dengan harga yang berpatutan. Homestay Abah ini juga diuruskan oleh anak sulung beliau sekiranya beliau diluar kawasan. Homestay Abah mempunyai kelengkapan 3 bilik tidur,  2 bilik air, tv dan astro.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum beliau mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara, homestay beliau kurang mendapat sambutan ini kerana kurang promosi di media sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas beliau dan anak sulung beliau mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan seperti laman media sosial untuk mempromosikan Homestay Abah , beliau kini lebih memahami bagaimana untuk mempromosikan Homestay. Alhamdullillah kini pendapatan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa dan anak sulung beliau juga telah membuka gerai kecil-kecilan berhampiran homestay untuk menambah pendapatan. Tidak hanya untuk pengunjung yang menginap di Homestay Abah tetapi untuk semua penduduk Felda Jenderak Utara. Beliau juga telah diberi taklimat mengenai Dashboard PI1M yang mana platform ini dapat membantu beliau memasarkan produk beliau di dalam Dashboard PI ( myshop). 

 

 

.