USAWAN KECIL PENTERNAKAN

Nama

: Mohd Ahmadi Bin Ismail

Umur

: 42 tahun

Ahli

: 2010

Latar belakang

En. Mohd Ahmadi merupakan usahawan kecil bagi ternakan lembu, kerbau dan kambing. beliau mempunyai 60 ekor lembu, 55 ekor kerbau dan 70 ekor kambing. beliau menjual ternakan dan daging kepada penternak dan menjual daging mentah kepada peniaga-peniaga dan pada hari raya. beliau memasarkan dan mengiklankan perniagaan danproduk melalui facebook dan wasup.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

En. Ahmadi menjual daging dan hasil pisang serta jagung dijual di pasar-pasar malam dan pasar pagi serta sekitar kawasan Felda Jenderak Utara dan Pekan Kuala Krau.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 – RM2000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan adalah mengikut permintaan semasa tidaak menentu.

  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Felda Jenderak Utara, beliau kini telah memiliki facebook dan wasup sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan dan produk beliau. Setelah beliau mempromosikan produk dan hasil ternakan melalui facebook, ramai pelanggan-pelanggan dari kawasan Jengka, Jerantut, Bentong, Lancang dan Temerloh membuat tempahan daging segar dan pisang pada setiap hari.selain itu juga terdapat juga penternak yang membeli baka lembu, kerbau serta kambing. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM5000 – RM10,000.

 

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Encik Ahmadi masih berkunjung ke PI1M Felda Jenderak Utara bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi.

madi