Persatuan Majlis Belia Felda Jenderak Utara telah mengadakan program Fun Run dan subuh seperti jumaat di masjid Felda jenderak Utara. seramai 200 orang yang telah mendaftar dan menyertai program ini. pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka dan cabutan bertuah. program ini dijalankan bagi meamarahkan masjid dan mengajak anak-anak muda untuk datang ke masjid. 

Kejohanan liga netball tertutup DUN Jenderak telah diadakan pada 22 oktober 2022 di deewan terbuka SKJC Kuala Krau. seramai 8 pasukan telah menyertai kejohanan ini. dua pasukan dari Jenderak Utara. kejohanan ini di adakan sempena sambutan hari sukan negara pada bulan ini. terdapat 5 sukan yang di pertandingan iaitu bola jaring, bola sepak , badminton, sepak takrow, bola tampar dan bola sepak. Semua belia-belia di dalam DUN Jenderak dijemput bersama untuk menyertai kejohanan sukan DUN Jenderak Ini.

Sempena untuk menyambut bulan puasa, Persatuan MBFM Felda Jenderak Utara telah menganjurkan gotong-royong perdana bagi masjid dan kawasan tanah perkuburan. seramai 152 orang telah mengikuti gotong-royong ini. Ini adalah antara aktiviti yang sangat bermanfaat dan bagus dijalankan oleh anak-anak muda. sarapan pagi dan makan tengahari juga di sediakan hasil dari sumbangan oleh anak-anak dan peneroka Felda Jenderak Utara.

Gotong-royong tanah perkuburan adalah menjadi satu rutin kepada anak muda di dalam rancangan Felda Jenderak Utara. berbekalkan dana sumbangan daripada komuniti setempat untuk meneruskan aktiviti membersih dan menceriakan kawasan tanah perkuburan ini. aktiviti gotong-royong tanah perkuburan ini dijalankan sebanyak dua kali sebulan bagi memastikan kebersihan terus terjaga. 

 

Gotong-royong perdana bagi tanah perkuburan dan masjid teah dijalankan. persatuan Majlis Belia Felda Malaysia Felda Jenderak Utara telah membuat kutipan dana bagi kelancaran program gotong-royong ini. Seramai 120 orang telah menghadirkan diri. Segala kelengkapan bagi memotong rumput, mencakar dan menebang pokok-pokok yang terbiar telah dibawa oleh komuniti setempat. JKKR, GPW, KRT, Pejabat Felda, dan AJK Masjid juga telah turut bersama dalam program gotong-royong perdana ini.