Nama

: Mohd Ahmadi Bin Ismail

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 26 jun 2010

 

Latar belakang

Mohd Ahmadi Bin Ismail adalah seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 26 Jun 2010. beliau merupakan seorang petani dan penternak yang mengusahakan ternakan kambing, lembu dan kebau secara integrasi dan fidlot. beliau memulakan ternakan lembu sebanyak 5 ekor pada tahun 2004 yang telah di bekalkan oleh jabatan vaterina Daerah Temerloh di bawah program bantuan khas. bermula dari situlah beliau mula membeli kambing dan kerbau bagi mempelbagaikan lagi ternakan. beliau mula membuat reban kambing di atas tanah kebun bapanya hanya berkeluasan 10 x 10 kaki sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Pusat internet dibuka di kawasan Felda Jenderak Utara, beliau terpaksa ke Bandar Temerloh yang jaraknya lebih kurang 50 kilomiter untuk membuat kertas kerja dan surat permohonan. disebabkan jarak yang jauh dan tidak mahir menggunakan komputer, banyak peluang-peluang tidak dapat di mohon dan maklumat jugak amat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada tahun 2010, Pusat jalur Lebar telah dibuka di Felda Jenderak Utara, beliau terus mendaftarkan diri sebagai ahli bagi mendapat manfaat dan kemudahan yang diperlukan. beliau mula belajar penggunaan asas komputer, masuk kelas pengenalan dan mempelajari microsoft office bagi memudahkan beliau membuat surat-surat rasmi dan mendapatkan maklumat terkini. Banyak bantuan dan peruntukan dari kerajaan yang beliau berjaya mohon bagi membesarkan lagi perniagaan ternakan beliau. beliau jugak berjaya membuat poster bagi jualan daging dan merekod kewangan secara teratur.

d910b140-2e6e-4fee-9c8f-4d194810eb46 f8a21d5a-123d-4d9a-8950-6b82c37c4d8e

 

Nama

: Muhammad Aqil Rafqi Bin Yuzainizam

Umur

: 7 Tahun

Ahli

: 18 januari 2019

 

Latar belakang

Muhammad Aqil Rifqi Bin Yuzainizam seorang ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 18.1.2019. Adik Aqil merupakan kanak-kanak berusia 7 tahun,bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Aqil seorang yang pendiam dan pemalu, kurang berkomunikasi dengan orang sekelilingnya tetapi merupakan seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam kelas e-pembelajaran yang dianjurkan oleh Petugas Pusat Internet Felda Jenderak Utara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang tidak mengenal komputer, hanya mengikut ibunya ke Program-program yang dianjurkan di Pusat Internet Felda Jenderak Utara. Adik Aqil pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran secara online dan tidak mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Jenderak Utara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Aqil mengikuti Kelas E-Pembelajaran pada tahun 2019, Adik Aqil sangat teruja dan seronok belajar bersama kawan-kawan seusianya. Kelas e-pembelajaran ini dijalankan dua kali sebulan, Adik Aqil tidak akan melepaskan peluang untuk belajar komputer bersama kawan-kawannya.

 

 Nama

: Norfarain Binti Jamal

 Umur

: 29 Tahun

 Ahli

: 24 disember 2013

 

Latar belakang

Pn Nurfarain Bt Jamal merupakan ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak 24 dec 2013. Beliau sudah berkhawin dan merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam kelas-kelas yang dianjurkan oleh Petugas Pusat Internet Felda Jenderak Utara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, penglibatan beliau dengan program-program Pusat Internet Felda Jenderak Utara sangat kurang. Ini kerana beliau beranggapan kelas-kelas yang dianjurkan adalah berbayar dan terhad kepada pelajar sekolah sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pertama kali beliau mengikuti program pusat internet, beliau menyedari Pusat Internet adalah tempat pembelajaran ICT secara percuma. Latihan yang dianjurkan setiap bulan adalah percuma. Kini, beliau menjadikan Pusat Internet sebagai tempat menimba ilmu dalam meningkatkan pendapatan sampingan beliau secara online disamping memperluaskan pengetahuan ICT beliau.

  81506445 2854761111254643 3556941483317657600 o 

 

Nama

: Azuraidah Binti Abd Aziz

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 20 januari 2019

 

Latar belakang

 

Puan Azuraidah Binti abdul Aziz berumur 30 tahun merupakan ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 20 Januari 2019. Puan Azue memulakan perniagaan beliau secara kecil-kecilan pada pertengahan tahun 2019 bermula dengan jualan satey ayam  sahaja. Kini, beliau telah menambah pendapatan beliau dengan mempelbagaikan jenis satey jualan antaranya satey daging, satey tulang, kuih peneram, nasi kerabu dan mee kari. Dengan keadaan ekonomi masa kini, beliau sentiasa mengeluarkan produk – produk jualan yang baru bagi meningkatkan lagi pendapatan beliau. beliau menerima tempahan untuk sebarang majlis. Selain dari itu, pembeli juga boleh ke terus ke kedainya bagi membeli satey yang baru di bakar. pembeli juga boleh membuat tempahan melalui facebook dan whatsapp beliau. Penghantaran juga disediakan. Suami beliau menjalankan perniagaan kedai gunting di depan rumah beliau..

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sebelum penggunaan ICT dan mengikuti kursus-kursus di Pusat Internet Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM500 – RM1000 sahaja sebulan. Dalam seminggu, hanya oder-oder yang berkuantiti sedikit yang masuk.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dijalankan oleh Pusat internet Felda Jenderak Utara. Puan Azue telah membuat pages facebook dan instageram bagi mempromosikan produk beliau. Melalui kelas latihan di Pusat Internet tersebut Puan Azue juga telah belajar cara-cara untuk membuat poster dengan menggunakan aplikasi di Hp dan cara penyusunan ayat dan gambar di dalam pengiklanan produk jualan beliau. Kini Pelanggan beliau dari seluruh Negeri yang mana mereka mengetahui produk jualau beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM3000 – RM7000 sebulan dari hasil jualan di kedai dan tempahan majlis-majlis.

 

azue satey  

 

 Nama

: Rahimah Binti Nayan

 Umur

: 26 Tahun

 Ahli

: 25 April 2010

 

Latar belakang

 

Rahimah Binti Nayan merupakan ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara sejak pertama penubuhan Pusat internet pada tahun 2010. Rahimah Binti Nayan merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Pada tahun 2010, beliau seorang pelajar sekolah menengah yang sering menggunakan pusat internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran. Kini, beliau menjadikan pusat internet sebagai tempat rujukan beliau menambah ilmu pengetahuan dalam meningkatkan pendapatan sampingan secara online.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pandangan beliau pada permulaannya, Pusat Internet merupakan tempat bermain games sama seperti cyber café lain. Beliau kurang pengetahuan dalam ICT, Kurang penglibatan dalam program- program yang dianjurkan oleh petugas Pusat Internet kerana dalam pemikiran beliau program-program atau kelas-kelas yang dianjurkan adalah berbayar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli Pusat Internet Felda Jenderak Utara pada tahun 25 april 2010, beliau menyedari Pusat Internet adalah Pusat pembelajaran Komputer secara percuma, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli Pusat Internet. Selain itu juga Pusat Internet menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka. Kini, beliau menjadikan Pusat Internet sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan dalam meningkatkan pendapatan sampingan secara online. Beliau menggunakan platform online dalam meluaskan lagi perniagaan kecil-kecilan beliau.

 

imah imah-1