KRT Cawangan Felda Jenderak Utara bersama Pejabat Felda, JKKR, GPW, KAF, MBFM & Koperasi Felda Jenderak Utara telah mengadakan Program Kacau Bubur Asyura. sebanyak 550 bekas telah di agihkan kepada komuniti setempat di perkarangan Kedai Mara Felda Jenderak Utara. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar ADN Jenderak. Majlis kacau bubur asyura ini berjalan serentak di seluruh cawangan dalam Negeri Pahang. 

RELA cawangan Felda jenderak Utara telah mengadakan gotong-royong perdana di SAR KAFA Felda Jenderak Utara. seramai 150 orang telah menghadirkan diri. semua yang hadir di beri baju RELA secara percuma. Kerja-kerja membersih dan mengecat giat dijalankan bagi menceriakan kawasan sekitar sekolah. Turut hadir dan bersama Pegawai RELA Daerah temerloh dan semua ahli RELA di sekitar kawasan Kuala Krau.