Jabatan Penerangan Daerah Temerloh dengan kerjasama JKKR dan ketua-ketua komuniti Felda Jenderak Utara telah mengadakan Program bersama komuniti iaitu 10 ribu langkah, pertandingan mewarna, kuis offline, petandingan vedio cupcut tiktok Usahawan dan pertandingan mewarna ibu bapa. dua agensi turut di panggil bagi mengisi perisian program iaitu Pejabat Perkeso Daerah temerloh dan Klinik kesihatan Kuala Krau. Seramai 130 orang yang telah menyertai program ini. 

25f2d190-f3ed-4266-9d5e-f16589b73d29 e100f5ef-5076-4c71-86c9-7ea795e69a5a

Mesyuarat JKKR telah di adakan setiap dua bulan sekali. Semua Ketua-ketua blok dan ketua-ketua NGO di panggil bersama-sama bagi membincangkan permasalahan dan menyalurkan maklumat kepada ketua-ketua dan di hebahkan kepada komuniti setempat. isu tanam semula adalah tajuk utama dalam mesyauarat kali ini. 

Pengurusan Pejabat FELDA  Felda Jenderak Utara, JKKR dan GPW mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. seramai 150 orang telah hadir bersama-sama meraikan anak-anak yatim. seramai 15 orang anak yatim telah menerima duit raya hasil dari sumbangan komuniti setempat. Barangan berupa makanan juga telah diberikan kepada Asnaf yang telah di senaraikan. Sebelum Majlis berbuka puasa Imam Masjid Encik Amirullah memimpin bacaan tahlil. turut hadir bersama Yang Berhormat Dato Rodzuan Bin Zaabar ADN Kawasan Jenderak.