Tempahan makanan secara dalam talian (online) kini sudah menjadi trend sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jadi, apa keperluan untuk abang-abang riders kita sebelum dan selepas menghantar makanan? sila ikut step keselamatan di bawah.
 
COD KESELAMATAN

Satu program eUsahawan telah dirangka dan di ataur oleh Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Temerloh bagi blok Kuala Krau. program ini khas bagi usahawan amanah ikhtiar sahaja. tiada bayaran dikenakan, semua kos ditaanggung oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. program ini sangat bermanfaat kepada usahawan-usahawan yang baru berkecimpong di dalam perniagaan kecil-kecilan. antara aktiviti yang dijalankan ialah membina pages di Facebook, membuat vedio berdurasi pendik, membuat logo dengan menggunakan handfone dan membina aayat yang bombastik bagi mempromosikan produk-produk dilaman sosial.

  

 

En Ahmadi adalah seorang pengusaha ternakan Kerbau dan Lembu. beliau memilih untuk bergiat dalam bidang peternakan ini kerana hasil ternakan yang mudah untuk dijual dan di beli. beliau telah berkecipung dalam bidang peternakan ini hampir 15 tahun. bermula dari umur beliau 25 tahun dan masih bujang lagi. berbekalakan 2 ekor anak lembu dan 2 ekor anak kerbau, bermodalkan Rm10,000.00.

Permintaan daging mahupun baka anak lembu dan kerbau amat menggalakan dan ternakan semakin membiak dari tahun ke tahun. sehingga kini, jumlah ternakan en.Ahmadi adalah sebanyak 45 ekor kerbau dan 60 ekor lembu. dari hasil kerja keras, beliau mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga rm10,000.00 sebulan.

Amanah Ikhtiar Malaysia merupakan antara salah satu badan amanah secara persendirian yang ditubuhkan mengikut undang-undang. ditubuhkan pada 17 september 1987 melalui suratcara perjanjian Amanah Ikhtiar Malaysia serta di daftarkan di bawah akta Amanah 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). badan amanah yang berusia kira-kira 24 tahun ini telah ditubuhkan secara bersama oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan ekonomi islam Malaysia (YaPEIM), Kerajaan negeri Selangor serta disokong kuat oleh Pusat Pembangunan Asia Pasifik. 

Objektif atau tujuan utama badan amanah ini ditubuhkan adalah untuk membantu golongan-golongan yang kurang berkemampuan serta secara langsung dapat mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia dengan cara pengeluaran pembiayaan ikhtiar terhadap masyarakat-masyarakat miskin di kawasan luar bandar yang membolehkan pembiayaan terhadap sebarang kegiatan untuk menambah pendapatan sampingan.

Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada pegawai yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU), kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga beberapa individu yang dilantik berdasarkan kapasiti peribadi di pertanggungjawabkan menguruskan AIM.

Penubuhan AIM adalah sebagai usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia khususnya masyarakat luar bandar iaitu melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan.

 

Bengkel asas meroti dan kek bajet telah diadakan bagi mewujudkan usahawan baru yang terdiri daripada surirumah dan penganggur. bengkel ini sangat bermanfaat kepada wanita-wanita amnya yang ingin menambah pendapatan. patern roti yang di ajar ialah:

 - Roti sosej

- Roti Mini pizza

- Roti kacang merah

- Roti cheese gula

- Roti Chiken Floss

- Roti Golok

Antara jenis kek yang di ajar ialah:

- Kek Blueberry

- Kek Strawberry

- Kek kiwi

- Kek Orea

- Kek Oren

Kelebihan kelas bengkel ialah:

# 100% praktikal (hand on)

# 100% Bahan mentah disediakan

# peralatan disediakan

# Khidmat nasihata berterusan 

# Bawa pulang hasil tangan anda

# Resepi akan diberikan