Kelas Komputer Ms Office, kelas membuat pages dan kelas poster

Nama

: Norzatol Akma Binti Zakaria

Umur

: 40 tahun

Ahli

: 2016

 

Latar belakang

Puan Akma, adalah surirumah sepenuh masa, berniaga kerepek secara kecil-kecilan dan mengambil upah masakan bagi majlis sederhana. Ahli PI Felda Jenderak Utara sejak November 2016, seorang ahli squad PI yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya. Beliau sering terlibat dengan program-program yang di anjurkan oleh Petugas PI Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai sijil komputer hanya mengetahui serba sedikit sahaja mengenai komputer dan aplikasinya. Sebelum Pn Akma mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI1M Felda Jenderak Utara, beliau tidak mahir dalam menggunakan komputer. Beliau juga kurang mengikuti program-program yang dianjurkan oleh petugas PI Felda Jenderak Utara. Kerepek pisang beliau kurang mendapat sambutan.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pn Akma menjadi ahli PI Felda Jenderak Utara, beliau banyak mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas Komputer, Kelas Asas penyelenggaraan dan pemasangan Komputer, kelas Microsoft office dan kelas latihan keusahawanan seperti pengenalan kepada e-perniagaan untuk mempromosikan produk kuih beliau, beliau kini lebih memahami bagaimana untuk memasarkan produk kuih beliau dari semasa ke semasa. Alhamdullillah kini pendapatan Pn Akma bertambah dari semasa ke semasa. Beliau juga turut terlibat menjadi squad PI Felda Jenderak Utara, agar beliau lebih mudah untuk mempromosikan produk beliau. Selain menggunakan online marketing, beliau juga turut diberikan Taklimat mengenai Dashboard Komuniti yang mana secara tidak langsung menjadi platform untuk beliau meningkatkan lagi pendapatan beliau.