Kelas Komputer Ms Office, kelas membuat video, kelas poster

 

Nama

: Eruzawati Binti Usop

Umur

: 41 tahun

Ahli

: 2014

 

Latar belakang

 

Puan Eruzawati Binti Usop, surirumah sepenuh masa, berniaga kuih secara kecil-kecilan. Ahli PI Felda Jenderak Utara sejak 15 April 2014, seorang ahli squad PI yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasannya. Beliau sering terlibat dengan program-program yang di anjurkan oleh Petugas PI Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Beliau kurang berminat dalam ICT, Kurang penglibatan dalam program- program yang dianjurkan oleh petugas PI. Beliau juga tidak minat dalam bidang ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Selepas menjadi ahli PI1M Felda Jenderak Utara pada 5 April 2014, beliau menyedari PI adalah Pusat pembelajaran Komputer, latihan ICT yang diberikan adalah percuma kepada ahli-ahli PI. Selain itu juga, PI menyediakan perkhidmatan seperti Photostat, laminate, scanning, cetakan dan juga membantu komuniti dalam urusan harian mereka seperti membayar bil. Kini, beliau menjadikan PI sebagai tempat beliau menimba ilmu pengetahuan. Beliau juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi salah seorang Squad PI Felda Jenderak Utara.