HAPPY HOMEMADE BAKERY

Nama

NUR LAILA BINTI YAHYA

Umur

: 28 Tahun

Ahli

: 01 mac 2023

Latar belakang

Puan Nur Laila merupakan seorang surirumah, seorang yang positif, suka memasak dan minat mencuba resipi yang baru. Beliau pernah mengikuti kursus jangka pendek Bakery anjuran KEMAS. Happy Homemade Bakery mula ditubuhkan 10 Mei 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, penglibatan beliau dengan program-program PEDi sangat kurang. Ini kerana beliau beranggapan kelas-kelas atau program-program yang dianjurkan berbayar dan terhad kepada pelajar sekolah sahaja. Beliau juga tidak mahir menggunakan Komputer. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan. Beliau hanya berniaga di status whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti program- program usahawan di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

Beliau juga mengikuti kelas-kelas bakery secara online bagi memantapkan lagi kemahiran hiasan kek beliau. Alhamdulillah, produk happy homemade bakery beliau semakin mendapat sambutan dari semasa ke semasa.

USAHAWAN TANAMAN CILI FERTIGASI

Nama

: Suriati binti Sulaiman

Umur

: 47 Tahun

Ahli

: 01 Oktober 2011

Latar belakang

Sebelum memulakan tanaman cili fertigasi, puan suriati membantu anaknya berniaga roti canai setiap pagi. Apabila Pandemik Covid -19 bermula, kedai terpaksa di tutup dan beliau mencari anisiatif lain untuk menambah pendapatan keluarga. Puan suriati bersama anaknya, membuat keputusan untuk  menanam cili disekitar rumah sahaja. Kini, hasil tanamannya mendapat sambutan bukan hanya di luar bandar tetapi di bandar juga. Kini, puan suriati mampu menanam cili dalam 300 polybag di tapak kosong depan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan  Suriati adalah salah seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 1 oktober 2011  dan sukar untuk mendapat maklumat tentang pertanian cili fertigasi. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, hasil pertanian beliau kurang mendapat sambutan. Akibat dari kurang sambutan, beliau mengalami kerugian apabila cili menjadi busuk dan tidak elok untuk dipasarkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Seiring dengan saranan kerajaan untuk mentransformasikan pertanian menerusi teknologi dan menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Puan suriati mengambil anisiatif untuk mempelajari ilmu keusahawanan. Beliau telah mengikuti program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MDEC, kelas usahawan Dashbord PI ( Facebook page) dan program-program usahawan yang lain. Beliau juga mengikuti taklimat Pendaftaran Syarikat di PEDi Felda Jenderak Utara.

 

 

 

Latar belakang

Sebelum memulakan perniagaan frozen food dan makanan basah (char kuey teow),En izzudin merupakan seorang pemandu lori selama 3 tahun. Pada tahun 2021 beliau mengalami kecederaan di kaki yang mengakibatkan tidak dapat meneruskan pekerjaan beliau. Beliau mengambil keputusan untuk berenti sebagai pemandu lori dan membuka gerai kecil-kecilan menjual makanan basah (char kuey teow). Beliau juga berniaga frozen food secara kecil -kecilan di shopee. Selain itu, beliau juga membantu isterinya berniaga air coklat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Encik Izzudin mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

Kini beliau boleh mencipta video pendek produk beliau sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di smartphone. Beliau aktif mempromosikan kedai beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa.Beliau juga menerima tempahan untuk majlis-majlis kecil atau besar mengikut permintaan pelanggan. Perancangan beliau untuk masa akan datang adalah menambah 

Nama

Muhammad Aqil Bin Muhammad Mustapha

Umur

: 07 Tahun

Ahli

: 03 feb 2023

Latar belakang

Adik Muhammad Aqil seorang ahli baru PEDi Felda Jenderak Utara pada 3 Feb 2023.  Adik  Muhammad Aqil merupakan kanak-kanak berusia 7 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Muhammad Aqil merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Muhammad Aqil  pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik Muhammad Aqil juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Muhammad Aqil mengikuti Kelas E-Tuisyen, adik Muhammad aqil sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama kawan-kawan yang sebaya dengannya. Adik Muhammad Aqil tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku teks. Selain mengikuti kelas E-Tuisyen, adik Muhammad Aqil juga mengikuti kelas-kelas pembelajaran ICT yang lain bersama rakan-rakannya. Sokongan dan dorongan dari ibunya menambahkan lagi semangatnya untuk mempelajari ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.

Nama

: Hasnizatul Natasya Binti Abdullah

Umur

: 17 Tahun

Ahli

: 27 Ogos 2016

Latar belakang

 Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, berumur 17 tahun. Mula berniaga pada pertengahan tahun 2022 secara kecil-kecilan membantu kakak beliau berniaga pakaian bundle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan. Beliau hanya berniaga di status whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

Kini, beliau dapat mempromosikan pakaian bundle secara atas talian di tiktok live dan Instagram live. Beliau juga boleh mencipta video pendek produk beliau sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di smartphone. Beliau aktif mempromosikan kedai beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa.