KampungStay Desa Murni Kerdau, Temerloh terletak di dalam Daerah Temerloh dan kawasan Parlimen Kuala Krau. Terdapat banyak Kemudahan yang di sediakan bagi aktiviti hari keluarga, reunion, seminar atau sebarang aktiviti secara berkumpulan. harga yang dikena amat berpatutan dan mengikut aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. pengunjung juga boleh membuat aktiviti santai dan riadah seperti mandi kolam dan mengayuh basikal di sekitar kawasan Kampung Desa Murni.

Harga bilik mengikut keluasan dan reka bentuk. bilik kabin juga ada disediakan untuk yang ingin berjimat. walaubagaimapun ia amat selesa kepada pengunjung dengan susun ataur yang sangat menarik dan kelengkapan penghawa dingin.

Kepada pengunjung yang hanya ingin membawa anak-anak bermandi manda sahaja dan tidak mahu menginap, pengunjung hanya perlu membayar serendah Rm3.00 sahaja. kolam mula dibuka pada jam 9.00pg - 6.00ptg. bagi yang tinggal dikawasan yang berhampiran, bolehlah datang bersama keluarga untuk mandi manda di kolam kampungstay Desa Murni, Kerdau.

HOMESTAY ABAH DI FELDA JENDERAK UTARA

 

Homestay Abah ini sangat terkenal di kawasan Felda Jenderak Utara dan kawasan sekitarnya. keunikan pembuatan Homestay inilah yang membuatkan ramai pengunjung tertarik dan akan datang semula untuk menginap. sambutan yang sangat menggalakan apabila musim cuti sekolah dan musim kenduri kawin.

selain itu juga pelbagai aktiviti boleh dijalankan di Homestay Abah, contoh aktiviti BBQ dan hari keluarga. perhidmatan catering juga disediakan bagi yang datang untuk membuat aktiviti atau motivasi. Kepada yang ingin menikmati suasana kangpung silalah datang ke Homestay Abah.

 

SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMPAHAN :

NAMA : AZMI APANDI BIN MOKMINA

ALAMAT : NO.387 FELDA JENDERAK UTARA, 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH PAHANG.

TEL : 019-9541770 

 


 

Terdapat beberapa tempat pelancongan yang menarik dikawasan berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jenderak Utara. diantaranya ialah pusat juadan (penghilitan) di Felda Jenderak Selatan yang terletak 4 Km dari Felda Jenderak Utara. pusat rekriasi Gunung Senyum yang terletak lebih kurang 14km dari PI1M Felda Jenderak Utara. ramai pengunjung dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke tempat tersebut.