Usahawan Frozen (Pembekal barangan sejuk beku)

 

Nama

: Nurhadi Bin Mohd Mustafa

Umur

: 23 tahun

Ahli

: 2013

 

Latar belakang

Adie Frozen telah mula beroperasi sejak 3 tahun lepas di alamat No 163 Felda Jenderak Utara, kini Adie Frozen telah melebarkan perniagaan beliau di No 6 Kedai JKKK Tanjung Kubu yang mana terletak di Pekan Kuala Krau.

 

Produk beliau juga semakin bertambah, ini kerana terdapat pasaran yang lebih luas di pekan kuala krau. Pendapatan beliau semakin bertambah dari semasa ke semasa. Perniagaan Adie Frozen ini diuruskan oleh isteri beliau iaitu Puan Shahira Binti Borhan. Selain dari pembeli terus ke kedai beliau, pesanan barangan sejuk beku ini juga boleh dibuat melalui whatsapp, facebook page AdieFrozen atau facebook Noorshahira Borhan.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum Pn Shahira mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100.00 ke RM200.00 sehari.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas Pn Shahira mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer dan kelas latihan keusahawanan seperti laman media social untuk mempromosikan barangan sejuk beku, beliau kini lebih memahami bagaimana untuk memasarkan barangan sejuk beku beliau. Alhamdullillah kini pendapatan Pn Shahira dan suami bertambah dari RM200.00 sehari ke RM500.00 sehari dengan membekalkan barangan sejuk beku beliau. Beliau juga telah diberi taklimat mengenai Dashboard PI yang mana platform ini dapat membantu beliau memasarkan produk beliau di dalam Dashboard PI ( myshop).