Program Kampung Angkat pergigian merupakan satu inisiatif baharu dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian. Program ini melibatkan kolaborasi antara bahagian kesihatan pergigian masyarakat kampung di bawah jagaan masing-masing. konsep program ini adalah menggunapakai konsep membawa perkhidmatan terus kepada masyarakat. program ini dilihat dapat memberi manfaat kepada masyarakat. penumpuan akan diberikan llebih kepada aspek promosi kesihatan pergigian serta mampu mengekalkan kesinambungan pemberian perkhidmatan kesihatan pergigian kepada rakyat.

 

Program Kesihatan Pergigian, melalui inisiatif Program Kampung Angkat Pergigian sekali lagi telah mengorak langkah dalam memastikan kesihatan pergigian rakyat terus terjamin melalui liputan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih meluas, di samping memberi pendidikan kepada masyarakat untuk mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang betul. Program ini berperanan untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat secara menyeluruh melalui penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian secara holistik, terus kepada masyarakat. Melalui program ini juga, masyarakat digalakkan untuk turut mengambil cakna dalam urusan kesihatan pergigian mereka dan juga kelompok sosial masing-masing. Sumber manusia dan fasiliti pergigian seperti Klinik Pergigian Bergerak dan Makmal Pergigian Bergerak juga dimanfaatkan secara optimum melalui program ini.

Felda Jenderak Utara telah terpilih sebagai kampung angkat pergigian Daerah Temerloh. program kampung angkat ini akan di adakan pada setiap tahun. program ini telah dijalankan dengan kerjasama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jenderak Utara. seramai 150 orang telah hadir bagi membuat rawatan gigi dan mendengar ceramah dan bengkel penjaan gigi.

 

KKM mula melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam program imunisasi kebangsaan sejak 1 Disember 2020 bagi kanak-kanak yang lahir bermula 1 januari 2020. Dr Zaliha berkata KKM menyasarkan 700,000 atau 70 peratus daripada satu juta kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 untuk diberikan vaksin pneumokokal dalam tempoh setahun itu. Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk bayi dan kanak-kanak, terdapat 11 jenis produk vaksin diberikan untuk mencegah 13 penyakit cegahan vaksin iaitu Tuberkulosis, Hepatitis B, Difteria, Tetanus (kancing gigi), Pertussis (batuk kokol), Haemophilus influenza type B, polio, measles (campak), mumps (beguk) dan rubella.

Vaksin Pneumokokal percuma untuk kanak-kanak 4&5 tahun bermula 1 jun 2023 sehingga 31 mei 2024. kanak-kanak berusia empat dan lima tahun boleh mendapatkan imunisasi pneumokokal secara percuma di semua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan (KKM). Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia adalah program perluasan pemberian imunisasi pneumokokal. kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019 tidak termasuk dalam kumpulan sasaran pemberian vaksin pneumokokal di bawah program imunisasi kebangsaan.

Pneumoniae vaksin-pneumokokal-percuma-kkm-2023-300x300

Klinik Desa Felda Jenderak Utara mengadakan cek Pap Smear untuk ibu-ibu ynag berumur 30 tahun ke atas pada setiap hari rabu. semua ibu-ibu terutamanya warga emas digalakan hedir untuk membuat test pap smear bagi memastikan kesihatan rahim berada didalam keadaan baik. cek kesihatan ini sangat baik dan di galakan bagi mengesan penyakit-penyakit seperti cancel rahim dan yang berkaitan dengan rahim dan dapat dicegah dan dirawat lebih awal. terdapat banyak kes ketumbuhan di pangkal rahim dalam kalangan ib-ibu di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara.