J&T Express adalah salah satu sebuah syarikat kurier di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan penghantaran terbaik yang dilengkapi dengan sistem pengurusan IT yang canggih.

Selain kecanggihan yang dimiliki, syarikat ini juga amat mementingkan kualiti penghantaran yang terpantas, paling mudah, efisien dan ekspres di dunia untuk kepuasan pelanggan.

Alamat J&T Express Kuala Krau:

33, JALAN TEMERLOH PEKAN KUALA KRAU,
28050 KUALA KRAU PAHANG.
Door to Door, Drop Off, Delivery, Self Collect

Waktu Operasi:
Mon-Sun 10:00-19:00
09-2861003

Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) yang dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (ditukarkan kepada Akta Koperasi 1993).

Hasrat penubuhannya dicetuskan pada mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 5 Januari 1980 yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias, selaku Pengerusi FELDA. Objektif penubuhannya adalah untuk menjadikan KPF sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA.

Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

Koperasi permodalan Felda Jenderak Utara telah diberi lasen untuk membeli hasil sawet peneroka-peneroka yang menguruskan ladang mereka secara persendirian bagi menggalakan peneroka menghantar hasil sawet ke kilang FELDA di jengka 21. kelebihan kepada peneroka apabila menjual hasil sawet melalui Koperasi FELDA ialah, peneroka akan menerima bayaran pada hari penjualan dijalankan. tidak perlu menunggu 1 bulan seperti menghantar mengunakan resit dari FELDA.

kpf

 

Bank Rakyat Malaysia telah membuat perhidmatan perbankan secara bergerak ke kawasan-kawasan luar bandar dan ke Rancangan Felda. Di Rancangan Felda Jenderak Utara, Bnak rakyat bergerak ini akan datang ke rancangan pada setiap hari isnin bagi memberi perhidmatan perbankan. banyak urusan-urasan perbankan boleh dilakukan apabila adanya bank bergerak ini. Dengan adanya bank bergerak ini, ia dapat memudahkan penduduk untuk memasuk dan mengeluarkan duit, membayar semua bil-bil semasa, membuat simpanan tabung haji dan sebagainya. kepada warga emas dan penduduk yang tidak mempunyai pengankutan untuk ke bandar dan pekan, mereka dapat menggunakan kemudahan bank bergerak ini. sedikit sebanyak bank bergerak ini sangat bermanfaat dan membantu penduduk di dalam rancangan Felda Jenderak Utara ini.

mem2  mem1

Pasar Raya Mempaga Fresh Sdn. Bhd telah dibuka pada april 2017 di Lot 1,3,5,7,9,11,13,15, Jln TKI 2, Taman Kuala Krau Indah, 28050 Temerloh Pahang. Mempaga Fresh ini adalah Pasar Raya yang pertama dibuka di Pekan Kuala Krau bagi memberi kemudahan kepada penduduk kawasan Kuala Krau dan yang berhampiran denganya. Mempaga Fresh sentiasa membuat promosi jualan dan terdapat banyak barang-barang keperluan harian yang boleh didapati di Pasar Raya Mempaga Fresh ini. Jarak Mempaga Fresh dari Felda Jenderak Utara hanya 8KM sahaja.

Kemudahan Asas seperti Pejabat Pos terletak di pekan Kuala Krau lebihkurang 8 Km dari Felda Jenderak Utara. Pejabat Pos ini adalah yang paling hampir dengan Felda-Felda didalam kawasan DUN Jenderak. Jika pejabat Pos Di pekan Kuala Krau ini tidak dapat beroperasi, penduduk dalam kawasan Dun Jenderak terpaksa ke Bandar Temerloh, Jengka atau Bandar Jerantut yang terletak 35Km dari kawasan pekan kuala krau.

Pejabat Pos di Pekan Kuala Krau ini sangat penting dan banyak kegunaan untuk penduduk sekitarnya bagi menghantar surat, mempebaharui lasen dan insurens, membayar bil, membuat kiriman barang dan membuat pengeluaran dan simpanan ASB.