Latar belakang

Mohd Syairi Hakimi merupakan pelajar Kolej Komuniti, memiliki Sijil Pemprosesan dan kawalan mutu makanan. Sebelum memulakan perniagaan Barber Shop, beliau mengikuti Kursus Gunting Rambut dan Dandanan Rambut di E Cut Barber & Hair Saloon Akademi Sdn Bhd selama 3 bulan di bawah anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2021.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau memulakan operasi Epol Barber Shop di kawasan rumah sahaja. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula menyerap ilmu,  teknik-teknik menggunting dan gaya-gaya baru di Youtube. Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga beliau berani untuk membuka kedai “ Epol Barber Shop” di kawasan Kedai Mara Felda Jenderak Utara dengan kos permulaan sebanyak RM 3000.00.

Beliau telah mengikuti Taklimat Perniagaan dari SSM secara online di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga belajar bagaimana untuk menghasilkan video-video menarik untuk mempromosikan lagi Epol Barber Shop. Kini, beliau aktif mempromosikan Epol Barber Shop di media social bagi menarik pelanggan tidak kira tua atau muda. 

Latar belakang

Adik Izzuan hadif seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 7 Dec 2018.  Adik  izzuan hadif merupakan kanak-kanak berusia 10 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik izzuan hadif seorang pemalu dan kurang berkomunikasi dengan orang sekelilingnya tetapi merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam kelas- kelas yang dianjurkan oleh Petugas PEDi Felda Jenderak Utara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik izzuan hadif  pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik izzuan hadif juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Izzuan hadif mengikuti Kelas E-Pembelajaran pada 2019, Adik Izzuan hadif sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian. Adik Izzuan Hadif tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen 2021 dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Pada tahun 2022, adik Izzuan Hadif mengikuti kelas E-Tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara.

Sebelum Memulakan perniagaan cili giling ini, beliau membuka kedai minum. Apabila Pandemik Covid -19 bermula, kedai terpaksa di tutup dan beliau mencari anisiatif lain untuk menambah pendapatan beliau. Beliau bersama rakan beliau Zai Ismail, membuat keputusan untuk mengikuti kelas membuat cili giling ini di Kolej Komuniti Pasir Salak pada Julai 2020. Pada FEB 2021, beliau mula menjalankan perniagaan cili giling ini secara kecil-kecilan di rumah beliau. Alhamdulillah, pada MAC 2021, beliau mula operasi di Kedai Zai Ismail. Permintaan Cili giling semakin mendapat sambutan pada masa ini bukan hanya di kawasan setempat, kini cili giling beliau mendapat sambutan hingga ke negeri lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Puan Siti Hajar adalah salah seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara semenjak tahun 2010 dan sangat aktif menggunakan kemudahan di Pusat Internet. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pesanan yang diterima juga sedikit dan beliau mengalami kerugian apabila cili giling melepasi tarikh luput.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Puan Siti Hajar mengambil anisiatif untuk mempelajari ilmu keusahawanan. Beliau telah mengikuti program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MDEC, kelas usahawan Dashbord PI, Kelas Shopee dan program-program usahawan yang lain.

Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran produk secara online semasa 

Latar belakang

Puan Siti adalah salah seorang ahli Pusat Internet Komuniti Felda Jenderak Utara sejak tahun 2010. Beliau merupakan seorang pengusaha cili giling dan cili sos. Beliau memulakan perniagaan ini semenjak november  2020 secara kecil-kecilan di rumah bagi memenuhi masa lapang dan menambah pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum beliau belajar cara mempromosi dan pengiklanan di dalam laman sosial, tempahan dan jualan hanya sekitar RM300 sebulan. Dan hanya rakan-rakan dan jiran-jiran sahaja yang membuat tempahan. Apabila menyedari permintaan sangat menggalakan dan tinggi puan siti mula berhasrat untuk memasarkan secara lebih meluas secara online dan telah membeli sebuah kedai yang terletak di pekan Kuala Krau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, Pn.Siti secara atas talian. Beliau telah mengikuti banyak program yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia bersama MEDEC, kursus pengendalian makann dan pembuatan cili di Kolej Komuniti Perak. Sepanjang program yang berlangsung selama 2 hari, beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran produk secara online. Kini Pn.Siti telah aktif mempromosikan produk perniagaan beliau di media social dan telah berjaya menambah hasi pendapatan sampingan 2 kali ganda. beliau juga telah membuka sebuah kedai di pekan kuala krau yang teletak di kg tanjung kubu. pendapatan beliau semakin meningkat apabila ramai yang melihat iklan-iklan di dalam media sosial dan telah datang terus ke kedai untuk mengambil dan membeli stok cili. pendapatan puan Siti pada tahun lepas hanya sekitar RM300 sebulan, kini telah mencecah RM3500 sebulan.