nama temerloh

 

Negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia yang mana didalamnya mempunyai 11 daerah dan setiap daerah mempunyai keunikan masing-masing. Setiap daerah ada sebab dan asal-usul namanya.Temerloh merupakan sebuah daerah dan bandar yang maju dan tersusun. Lokasinya di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan di antara kawasanPantai Barat dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan daerah Jerantut di utara, daerah Raub di barat, daerah Maran di timur, serta daerah Bentong dan Bera di selatan. 

Temerloh juga terkenal dengan gelaran 'Bandar Ikan Patin' kerana spesis ikan ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar utamanya yang terletak di tepi Sungai Pahang. Lokasinya juga yang terletak betul-betul di tengah Semenanjung Malaysia membuatkan daerah ini mendapat gelaran 'Titik Tengah Semenanjung'. Secara lebih tepat lagi Kampung Paya Siput yang terletak di dalam daerah ini telah diiktiraf secara rasmi sebagai titik tengah Semenanjung oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Daerah Temerloh terdiri daripada 10 buah mukim iaitu Bangau, Jenderak, Kerdau, Lebak, Lipat Kajang, Mentakab, Perak, Songsang, Sanggang dan Semantan. Daerah ini mempunyai 234 buah kampung tradisional yang ditadbir oleh 83 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Selain itu terdapat 6 buah kampung baru Cina dan 7 buah Rancangan Pembangunan Tanah FELDA iaitu Felda Jenderak Utara, Jenderak Selatan, Jengka 25, Jengka 22, Jengka 23, Felda Lakum dan Felda Bukit Damar.

Sejarah Temerloh

Daerah Temerloh mempunyai latar belakang sejarah yang menarik dengan melahirkan beberapa orang tokoh penting dan terkenal dalam negara seperti Dato’ Bahaman, Ibrahim Haji Yaakob dan Ishak Haji Mohamad (Pak Sako). Perkembangan bandar Temerloh bermula dari kawasan kuala Sungai Semantan. Menurut budayawan Dato’ Haji Zakaria bin Hitam, Kuala Semantan adalah nama asal sebelum ditukar kepada Temerloh. Kuala Semantan pada asalnya merupakan sebuah kampung tua yang terletak di tanjung sebelah kanan kuala Sungai Semantan yang bertentangan dengan Kampung Bangau Parit.Nama Temerloh dikatakan berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan. Pak Zek menceritakan bahawa ia berpunca dari perkataan ‘mereloh’ yang bererti tidur

Ini berdasarkan satu peristiwa yang berlaku di anak sungai di kiri hilir Sungai Pahang yang bertentangan dengan Pulau Temerloh. Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu. Semasa beliau berada di kampung tersebut, beliau melihat seorang Orang Asli yang asyik mereloh sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain. Dari peristiwa itu terbitlah perkataan Temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan daerah tersebut apabila ia dijadikan daerah baru pada tanggal 1 Julai 1889. E.A. Wise telah dilantik sebagai pentadbir British yang pertama bagi jajahan Temerloh.

Sebelum ketibaan peneroka dari luar, daerah Temerloh merupakan kawasan yang didiami oleh kelompok-kelompok Orang Asli dengan beberapa penempatan kaum asal ini masih wujud sehingga kini. Sekitar tahun 1620an, adalah dipercayai kumpulan keluarga bangsawan dan penduduk dari Kerajaan Acheh yang sedang menakluk negeri Pahang telah meneroka kawasan di pinggir Hulu Sungai Pahang. Beberapa penempatan baru telah dibuka oleh kumpulan masyarakat Minangkabau ini seperti Chenor, Kuala Bera, Kuala Triang, Kampung Mengkarak dan Lebak.

Penerokaan dan pembukaan penempatan di kuala Sungai Semantan oleh masyarakat Minangkabau telah menarik minat lebih ramai masyarakat lain untuk berhijrah ke sini. Selain bermastautin, masyarakat ini juga telah membuka pusat pengajian agama Islam dan pusat peniagaan yang penting di kuala Sungai Semantan. Selain dari penduduk sekitar, peniaga dari Ulu Pahang, Kelantan, Raub, Bentong serta dari penempatan-penempatan hilir Sungai Pahang telah menjadikan kuala Sungai Semantan sebagai pusat perniagaan yang penting. Rentetan dari itu, adalah dipercayai sebutan ‘Temerloh’ mula digunakan oleh para peniaga dan penduduk yang merujuk kepada sebutan ‘Mereloh’.

Sejarah pekan sehari Temerloh

Perkembangan penempatan dan pusat perniagaan di Temerloh semakin berkembang dengan ketibaan lebih ramai penduduk di sekitar Nusantara. Dipercayai urusan perniagaan ketika itu telah menggunakan matawang tempatan sendiri yang diberi nama Nukud Semantan. Kemajuan penempatan ini juga dipengaruhi oleh kemakmuran dan struktur pemerintahan beraja yang diamalkan di negeri Pahang. Jawatan-jawatan pemimpin masyarakat seperti Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Berlapan, Orang Kaya Enam Belas dan Penghulu adalah wakil kepada institusi pemerintahan beraja di sekitar Temerloh.

Penerokaan telah dilakukan oleh para penduduk dengan membuka penempatan baru di sepanjang Sungai Semantan seperti di Songsang, Pasir Rawa, Lubuk Terua sehingga ke sempadan Bentong. Manakala penempatan yang lebih kemudian adalah di sepanjang Sungai Pahang seperti Kampung Bangau, Kampung Sanggang, Kampung Berhala Gantang, Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau sehingga ke Lubuk Perlang.

Ketibaan British di negeri Pahang telah mengubah landskap penempatan dan kemajuan daerah Temerloh. Melalui sistem pentadbiran Residen British dan penggunaan Sistem Torrens dalam pentadbiran tanah, daerah Temerloh telah diwartakan dan pentadbiran daerah dan tanah dipecah-pecahkan dan dibahagikan mengikut mukim. Walaupun di peringkat awal pengenalan sistem ini pihak British mendapat tentangan dari masyarakat tempatan namun lama-kelamaan ia telah diterima pakai dan kekal digunakan sehingga ke hari ini.

sumber : Yayasan Pahang dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang

 

 


 

MAKLUMAT AM NADI FELDA JENDERAK UTARA

 

 

 

 


 

PETA DALAM RANGCANGAN FELDA JENDERAK UTARA 

 

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG

Alamat Pejabat

Pejabat Menteri Besar, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan

Alamat Rumah

Kediaman Rasmi YAB. Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek,25000                Kuantan, Pahang

No. Tel Pejabat

09-5121682

No. Faks

09-5157766

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman web

www.pahang.gov.my

AHLI PARLIMEN KUALA KRAU

 AHLI PARLIMEN Kawasan (P087) : Kuala Krau (PAS)

parlimen-kualakrau

 

Ustaz Haji Kamal Bin Ashaari

Tahfiz Komtaq, Kampung Kuala Kerdau,
28010 Kerdau, Temerloh,
Pahang.

No Tel : Tiada
No Faks : Tiada
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

ADUN KAWASAN

DUN JenderakN.27 (BN)

 

adun-jenderak

 

YB. Dato' Rodzuan Bin Zaaba

Alamat : Pejabat ADN Jenderak, 28050, Kuala Krau

Temerloh, Pahang.

No Tel : 09-2861050
No Faks : Tiada
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

 

DUN Kerdau N.28 (BN)

adun-kerdau

 

YB. Dato Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN.

 

Pejabat Ahli MMK
Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang,
25503 Kuantan,
Pahang.


Tel.Pejabat : 09-5126734, Faks : 09-5145402,
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
          ibra@pahang.gov.my
          Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

DUN Jengka N.29 (PAS)

adun-jengka

 

YB. Encik Shahril Azman bin Abd Halim

 

No 27 (Atas) Lorong Baiduri 1, Nadi Kota 26400 Bandar Jengka.

Tel.Pejabat : 09-4675210,

Faks : 09-4675210,
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

PARLIMEN TEMERLOH(PP088)

 

parlimen-temerloh

 

Hajah Salamiah Binti Mohd Nor

SG 6, Sungai Gau, Batu 5, Jalan Maran,
28000 Temerloh,
Pahang.

No Tel : Tiada
No Faks : Tiada
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PEGAWAI DAERAH

ydp pejabat daerah temerloh

 

TUAN HAJI SURIS BIN MAHAT

SIMP.,AMP.

Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Temerloh

28000 Temerloh 

Pahang darul Makmur.

 

No. Telefon : 09-2901477

no. Faks : 09-2901644

Alamat Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.



*Sumber dari portal rasmi negeri pahang    

 

tempat-menarik-di-temerloh-pahang-Hazrul-Razak 

 

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan diantara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh juga terkenal dengan jolokkan Bandar Ikan Patin kerana ikan jenis ini banyak terdapat di sini, memandangkan bandar ini berhampiran dengan sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang. Di sini diceritakan serba sedikit mengenai sejarah Bandar Temerloh. Menurut hikayat melayu dahulukala, Temerloh bukan sahaja tempat yang terakhir bagi Batin Seridun, dimana beliau menguasai kawasan antara Gunung Senyum di sebelah barat dan Bukit Gebuk di sebelah timur. Jesteru itu, nama ini telah dipilih oleh Batin Seridun bagi menamakan salah sebuah daerah di dalam negeri Pahang sejak daerah ini ditubuhkan mulai 1 Julai 1889.

Menurut cerita Batin Seridun, pada suatu hari pada zaman dahulu, anak raja dari Minangkabau iaitu Sujudbilang dan abang-abangnya telah meninggalkan Minangkabau. Mereka berlayar ke Daik dan dari sana meraka ke Pahang. Setelah diperkenankan oleh Bendahara Pahang, mereka menaiki sebuah perahu galah lalu menyusur sepanjang Sungai Pahang. Setelah beberapa lama perahu itu mudik, maka perahu yang membawa rombongan itu telah sampai di tempat yang dikenali sebagai Sentang Mukim Kertau dalam daerah Maran. Mendengarkan ramai orang di darat, maka mereka pun singgah dan naik ke tebing untuk melihat keadaan sekeliling.

Malangnya, kehadiran Sujudbilang dan abang-abangnya tidak diterima oleh penduduk di situ. Sehubung dengan itu, Sujudbilang dan abang-abangnya cuba berbaik-baik dengan orang asli yang berada di sekitar sungai iaitu di kiri dan kanan Sungai Pahang. Dalam pada itu, Sujudbilang berkata kepada abang-abangnya, " Ramah tamah pangkal, modal budi bahawa penambat hati pembuka manis, selera nafsu." Abang-abangnya faham akan maksud Sujudbilang tersebut.

Maka mulai hari itu, di mana ada kampung orang asli pasti mereka akan singgah. Mereka memberi garam dan tembakau kepada orang-orang asli tersebut. Begitulah cara mereka menambat hati orang-orang asli yang ditemui. Sesudahnya mereka sampai di pengkalan Batin Seridun. Apabila mereka tiba di sana, perahu ditambat maka Sujudbilang dan abang-abangnya naik ke darat membawa garam dan tembakau. Jesteru itu, perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi semakin erat dan kukuh. Ini dapat dijelaskan melalui situasi dimana wujudnya persepakatan antara kedua-duanya iaitu mereka bersama-sama keluar pada awal pagi dan pulang lewat petang dengan membawa balik barang-barang makanan.

Pada waktu malam pula, mereka tidur meniarap di atas tanah yang telah diatur daun-daun kering sebagai alas tidur mengelilingi unggun api. Manakala kaum perempuan ditempatkan di suatu tempat khas yang berasingan dengan kaum lelaki. Dalam ramai-ramai itu cuma anak perempuan tok batin yang tidak mahu melelapkan mata kalau tempat tidurnya tidak beralas.

Mengikut cerita perkataan tidur dalam bahasa orang asli ialah "mereloh". Maka tempat mereka tidur beramai-ramai itu dibahasakan sebagai tempat "mereloh". Oleh itu, Sujudbilang dan abang-abangnya memanggil tempat orang asli itu tidur dengan "mereloh".Oleh kerana perkataan tempat "mereloh" itu panjang, maka ia dipendekkan kepada Temerloh supaya lebih senang menyebutnya. Itulah asalnya tempat yang dipanggil Temerloh dan Sungai Temerloh. Perhubungan Sujudbilang dan Batin Seridun menjadi lebih erat apabila Sujudbilang berkahwin dengan anak Batin Seridun yang bernama Bakoi. Dengan perkahwinan itu juga telah menyebabkan Batin Seridun dan orang-orangnya telah diISLAMkan oleh Sujudbilang. Peristiwa itu juga dikatakan telah mengembangkan agama ISLAM di Pahang Tengah.

Sehubung dengan itu, pada 1 Julai 1889 J.P Roger, Residen British yang pertama mulai menjalankan tugasnya sebagai Residen British di Pahang. Beliau juga telah membahagikan Pahang kepada enam kawasan pentadbiran iaitu daerah Pekan, Rompin, Kuala Pahang, Kuantan, Temerloh dan Hulu Pahang. Ini bermakna tempat tinggal Batin Seridun yang diberi kuasa kepada Sujudbilang telah dipilih sebagai nama salah sebuah daerah di Pahang iaitu Temerloh. Pada masa itu bandarnya dikenali sebagai Kuala Semantan. Kuala Semantan telah ditukar kepada Temerloh semenjak bandar baru di barat bandar Kuala Semantan dibuka dalam tahun 1898.

POLITIK

Daerah Temerloh diwakili oleh dua orang Ahli Parlimen iaitu Dato' Saifuddin Bin Abdullah (P.88: Temerloh) dan Dato' Hj Ismail Bin Mohamed said (P.87: Kuala Krau) serta lima Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Dato' sri Hj. Mohamed bin Hj. Jaafar (N.27: Jenderak), Tuan Syed Ibrahim (N.28: Kerdau), Dato' Chuah Boon Seong (N.30: Mentakab), Dato' Hj. Mohd Sharkar bin Hj. Samsudin (N.31: Lanchang), dan Tuan Syed Hamid bin Syed Mohamed (N.32: Kuala Semantan).

 

PENTADBIRAN MUKIM

Mukim Keluasan Nama Penghulu Mukim
Bangau 3,368.40 Hektar Sheikh Romali bin Sheikh Embong
Kerdau 13,214.50 Hektar Ahmad Boestamam bin Hamid (tanggung kerja)
Lebak 4,404.80 Hektar Jamaludin bin Haji Ayub (tanggung kerja
Lipat Kajang 3,886.60 Hektar Ahmad Boestamam bin Hamid
Mentakab 10,364.30 Hektar

(i) Alias bin Nong
(ii) Khaidhir Azly bin Daharudin

Perak 20,987.80 Hektar

(i) Nadzi bin Jamal

(ii) Abdul Khalid bin Husin

Sanggang 8,809.70 Hektar

(i) Tn. Hj. Zainundin bin Ahmad
(ii) Nor Aripin bin Ibrahim

Songsang 2,331.90 Hektar Jamaludin bin Haji Ayub
Semantan 74,364.30 Hektar Wan Ahmad Zabri bin Wan Mat Alam

 

KEMUDAHAN

Destinasi Menarik

Pasaraya/Pusat Beli-belah

  • The Store
  • TF Value-Mart Mentakab
  • Temerloh Mall @ TF Value-Mart
  • Mentakab Starmall @ Pacific Hypermarket
  • Tunas Manja Group
  • KS Walk In Mart
  • Pasaraya Darul Makmur
  • Super Cowboy
  • Pasaraya Kumpulan Terus Maju
  • Pasaraya Giant @ Bandar Bukit Angin (AKAN DIBUKA)
  • MYDIN Hypermarket (AKAN DATANG)

Agensi kerajaan

  • Pejabat Daerah Temerloh dan Tanah (09-2901313)
  • Majlis Perbandaran Temerloh (09-2901777, 09-2901447)
  • Amanah Ikhtiar Berhad
  • Amanah Raya Berhad
  • Felda Trading Sdn Bhd
  • Ibu Pejabat Daerah Polis Temerloh
  • Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh (09-2961444)
  • Pejabat Pendidikan Daerah (09-2961210)
  • Pejabat RISDA Temerloh (09-2961303)
  • Jabatan Kerja Raya (09-2961311)
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)(09-2961650)
  • Pejabat Kesihatan (09-2961800)
  • Pejabat Agama Islam Daerah (09-2961321)
  • Pejabat Penerangan Daerah (09-2961257)
  • Pejabat Penilaian Harta (09-2961850)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (09-2773322)
  • FAMA (09-2961530)
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (09-2962946)
  • Pejabat Kebajikan Masyarakat (09-2961760)
  • Pejabat Perpaduan (09-2901355)
  • Pejabat Belia dan Sukan (09-2961826)
  • Pejabat Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (09-2901601)
  • Kem Batu 3 (09-2771733)
  • Kem Batu 5 (09-2771053)
  • Pejabat Hutan (09-2961226)
  • Pejabat Pertanian (09-2901200)
  • Badan Pencegah Rasuah (09-2901401)
  • Alam Flora (09-2968595)
  • Pejabat MARA (09-2961326)
  • Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (09-2961439)
  • Pejabat Perhililitan ( Mergastua ) (09-2961267)
  • Padi Beras Nasional (09-2774410)
  • Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ( 09-2961575)
  • Jabatan Perikanan (09-2967202)
  • Pejabat RELA (09-2961685)
  • Jabatan Perancang Keluarga (09-2961314)
  • Pejabat Pertahanan Awam (09-2967991)
  • Jabatan Imigresen (09-2961396)
  • Pejabat Ukur (09-2961228)
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (09-2962000)
  • Pejabat Pendaftaran (09-2961239)
  • PERKESO (09-2901702)
  • Jabatan Tenaga Kerja (09-2961234)
  • Pejabat Pembangunan Koperasi (09-2961302)
  • Pejabat Kaji Cuaca (09-2771421)
  • Perbadanan Perpustakaan Awam Daerah (09-2968300)
  • Jabatan Alam Sekitar (09-2964688)
  • Pejabat Pendakwaraya (09-2967434)
  • Pejabat Audit Sekolah (09-2961505)
  • Pejabat Kemas Mentakab (09-2773990)
  • Jabatan Bekalan Air (09-2961040)
  • Pejabat Pusaka Kecil (09-2961460)
  • Unit Pengambilan Tanah (09-2960585)
  • Pejabat Kastam (09-2964263)
  • Lembaga Urusan dan Tabung Haji (09-2961392)
  • Pejabat Insolvensi (09-2963448)
  • FELCRA Berhala Gantang (09-2906846)
  • Pejabat Agensi Anti Dadah (09-2901560)
  • Yayasan TEKUN Nasional Cawangan Temerloh (09-2776013)
  • Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Temerloh (http://temerloh.adk.gov)
  • Kem Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN)Arina Resort,Kg.Tanjong Batu, Temerloh.
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)

Bank

PERHIDMATAN KESIHATAN 

 

  • Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) - 09-2955333 No. Faks: 09-2972468
  • Klinik Kesihatan Mentakab - 09-2770307
  • Klinik Kesihatan Bandar Temerloh
  • Klinik Rawatan Keluarga - 09-2968105
  • Klinik Sulaiman - 09-2961022
  • Optometris Siti & Mastura
  • Poliklinik Damai
  • Poliklinik Al-Bukhari
  • Klinik Pergigian Shamsul
  • Klinik Marzoki
  • Klinik Pergigian Sahar
  • Klinik Pakar Subra
  • Klinik Rama
  • Klinik Rajesh
  • Klinik Zulkarnain
  • Klinik Chin
  • Klinik Mukmin
  • klinik Abdul Rahman

INSTITUSI PENDIDIKAN

Sekolah Rendah

Pendidikan Dewasa

  • Institut Kemahiran Belia Negara, Lanchang
  • Kolej Komuniti Temerloh, Mentakab
  • Open University Cawangan Mentakab
  • Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan, Seri Tualang

Pendidikan/Latihan khas

  • Taman Harapan (latihan untuk orang cacat penglihatan)
  • Pusat Jagaan Orang Kurang Upaya Sinar Suria (latihan untuk orang kurang upaya)

 

TELEKOMUNIKASI

  • Celcom (M) Bhd
  • Telekom Malaysia Berhad
  • DIGI (M) Bhd
  • Maxis (M) Bhd

TEMPAT MENARIK

Pelancongan

  • Hutan Lipur Gunung Senyum
  • Pusat Pemuliharaan Seladang, Jenderak Selatan
  • Pusat Latihan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan Bukit Rengit
  • Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan
  • Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lanchang
  • Homestay - Desa Murni Kerdau Dan Persekitaran Krau (Jengka 25 dan Rumpun Makmur)
  • Air Terjun Lata Bujang
  • Taman Rusa, Kuala Gandah, Lanchang
  • Jambatan Gantung Kuala Sg Semantan-Tanjung Keramat
  • Air Terjun Paya Taram, Kerdau
  • Air Terjun Paya Kujan, Songsang
  • Pekan Sehari Temerloh
  • Perkampungan Orang Asli Che' Wong, Kuala Gandah (dipercayai ini adalah salah satu daripada dua perkampungan suku kaum Che' Wong yang masih ujud di dunia)
  • Wadi Al Amin (Taman Air Berhala Gantang)
  • Car Boot Sale (Lurah Semantan; setiap malam minggu: Jam 9pm ke 1am)

 

*Sumber dari wakipedia.org/Temerloh