Nama |
: Muhammad Rayyan Imani Bin Muhammad Ajlan |
Umur |
: 11 Tahun |
Ahli |
: 07 mei 2022 |
Latar belakang
Adik Rayyan seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 7 mei 2022. Adik Rayyan merupakan kanak-kanak berusia 11 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Rayyan seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Rayyan pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sejak pertama kali Adik Rayyan mengikuti Kelas E-Tuisyen di PEDi Felda Jenderak Utara, Adik Rayyan sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian. Adik Rayyan tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Sokongan dan dorongan dari kawan-kawan yang juga ahli PEDi Felda Jenderak Utara, sama-sama mengikuti kelas e-tuisyen menambahkan lagi semangat beliau untuk mempelajari dunia ICT di PEDi Felda Jenderak Utara. Adik Rayyan juga mengikuti program-program lain yang dianjurkan di PEDi Felda Jenderak Utara seperti kelas komputer, kelas Canva, rekaan animasi, kufi art, Microsoft office dan lain-lain.