Latar belakang

Adik Izzuan hadif seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 7 Dec 2018.  Adik  izzuan hadif merupakan kanak-kanak berusia 10 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik izzuan hadif seorang pemalu dan kurang berkomunikasi dengan orang sekelilingnya tetapi merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam kelas- kelas yang dianjurkan oleh Petugas PEDi Felda Jenderak Utara.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik izzuan hadif  pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik izzuan hadif juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Sejak pertama kali Adik Izzuan hadif mengikuti Kelas E-Pembelajaran pada 2019, Adik Izzuan hadif sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian. Adik Izzuan Hadif tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen 2021 dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Pada tahun 2022, adik Izzuan Hadif mengikuti kelas E-Tuisyen yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara.