Nama |
: MOHD SYAIRI HAKIMI BIN MUHAMAD |
Umur |
: 23 Tahun |
Ahli |
: 11 Mei 2022 |
Latar belakang
Mohd Syairi Hakimi merupakan pelajar Kolej Komuniti, memiliki Sijil Pemprosesan dan kawalan mutu makanan. Sebelum memulakan perniagaan Barber Shop, beliau mengikuti Kursus Gunting Rambut dan Dandanan Rambut di E Cut Barber & Hair Saloon Akademi Sdn Bhd selama 3 bulan di bawah anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) Kementerian Sumber Manusia. Pada tahun 2021.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau memulakan operasi Epol Barber Shop di kawasan rumah sahaja. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan dan pemasaran, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas, beliau mula menyerap ilmu, teknik-teknik menggunting dan gaya-gaya baru di Youtube. Dengan dorongan dan sokongan dari keluarga beliau berani untuk membuka kedai “ Epol Barber Shop” di kawasan Kedai Mara Felda Jenderak Utara dengan kos permulaan sebanyak RM 3000.00.
Beliau telah mengikuti Taklimat Perniagaan dari SSM secara online di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga belajar bagaimana untuk menghasilkan video-video menarik untuk mempromosikan lagi Epol Barber Shop. Kini, beliau aktif mempromosikan Epol Barber Shop di media social bagi menarik pelanggan tidak kira tua atau muda.