Nama

MUHAMMAD HAIRUL BIN ABDUL RAZAK

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: 24 disember 2013

 

Latar belakang

 

En. Hairul merupakan ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 24 dec 2013. Beliau merupakan Founder ANQ kerepek bayam brazil. Beliau seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam program-program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga sangat minat berniaga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pada pandangan beliau pada permulaannya, PEDi hanya untuk pembelajaran ICT sahaja tidak melibatkan program-program keusahawanan. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pertama kali beliau mengikuti program usahawan, beliau menyedari PEDi adalah tempat pembelajaran ICT dan Keusahawanan secara percuma. Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

 

Kini beliau boleh mengikuti kelas online perniagaan di PEDi. Beliau aktif mempromosikan produk beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa. Kerepek Bayam Brazil semakin dikenali dan mendapat tajaan atau Kerjasama dari Risda, Felda dan Peladang.

 

SRS Felda jenderak Utara telah beroperasi semula bagi menjaga keselamatan dan membuat rondaan pada waktu malam. kawalan keselamatan ini akan dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan bagi pergerakan ahli-ahli SRS.

093643e2-16c4-4ba0-8982-128ad5810997 0d61bb3d-b0e4-4bc7-86f7-0a81edaa452a

 

Satu lawatan dari IPD ke bilik gerakan SRS dan KRT Felda Jenderak Utara. lawatan dari IPD yemerloh ini adalah untuk memastikan semua kelengkapan dan ciri-ciri keselamatan di patuhi dan di sediakan. seramai 3 orang pegawai dari IPD Temerloh telah hadir pada malam tersebut. seramai 25 orang Ahli jawatankuasa KRT dan ahli SRS telah hadir dengan kelengkapan yang telah di sediakan bagi menjalankan rondaan di dalam kawasan kampung.

5711f0ee-8609-4233-b642-2be5ce176a85 9656644c-e4cd-4771-87ee-e0ee672d9256

Nama

NUR ADRIANNA BASHASHA BINTI NOOR AZRUL AL-HAFIZ

Umur

: 06 Tahun

Ahli

: 01 feb 2023

Latar belakang

Adik Nur Adrianna Bashasha dikenali sebagai Bashasha merupakan seorang ahli baru PEDi Felda Jenderak Utara pada 1 Feb 2023.  Adik  Bashasha merupakan kanak-kanak berusia 6 tahun, bersekolah di Pra-Sekolah SKJU. Adik Bashasha merupakan anak kepada seorang jururawat klinik Desa Felda Jenderak Utara yang baru sahaja berpindah ke sini. Adik Bashasha merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Bashasha pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik Bashasha juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Bashasha mengikuti Kelas E-Tuisyen, adik Bashasha sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama kawan-kawan yang sebaya dengannya. Adik kandungnya juga Aidan sering mengikutinya belajar di PEDi Felda Jenderak Utara. Adik Bashasha tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku teks. Selain mengikuti kelas E-Tuisyen dan ICT, adik Bashasha juga mengikuti kelas-kelas pembelajaran yang lain seperti kelas matematik secara bersemuka dengan petugas PEDi. Sokongan dan dorongan dari ibunya menambahkan lagi semangatnya untuk mempelajari ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.