Latar belakang

Adik Ammaratul seorang ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 22 Januari 2022.  Adik Ammaratul merupakan kanak-kanak berusia 6 tahun, bersekolah di Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Ammaratul pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sejak pertama kali Adik Ammaratul mengikuti Kelas E-Tuisyen di PEDi Felda Jenderak Utara pada Jan 2022, Adik Ammaratul  sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama rakan-rakan. Adik Ammaratul tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku. Sokongan dari ibu ayahnya lagi menambahkan semangat beliau untuk mempelajari dunia ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.