Nama

: Hasnizatul Natasya Binti Abdullah

Umur

: 17 Tahun

Ahli

: 27 Ogos 2016

Latar belakang

 Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krau, berumur 17 tahun. Mula berniaga pada pertengahan tahun 2022 secara kecil-kecilan membantu kakak beliau berniaga pakaian bundle.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan. Beliau hanya berniaga di status whatsapp sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau telah mengikuti kelas-kelas usahawan di PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

Kini, beliau dapat mempromosikan pakaian bundle secara atas talian di tiktok live dan Instagram live. Beliau juga boleh mencipta video pendek produk beliau sendiri dengan menggunakan aplikasi yang ada di smartphone. Beliau aktif mempromosikan kedai beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa.