Nama

Muhammad Aqil Bin Muhammad Mustapha

Umur

: 07 Tahun

Ahli

: 03 feb 2023

Latar belakang

Adik Muhammad Aqil seorang ahli baru PEDi Felda Jenderak Utara pada 3 Feb 2023.  Adik  Muhammad Aqil merupakan kanak-kanak berusia 7 tahun, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Utara. Adik Muhammad Aqil merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Muhammad Aqil  pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik Muhammad Aqil juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Muhammad Aqil mengikuti Kelas E-Tuisyen, adik Muhammad aqil sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama kawan-kawan yang sebaya dengannya. Adik Muhammad Aqil tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku teks. Selain mengikuti kelas E-Tuisyen, adik Muhammad Aqil juga mengikuti kelas-kelas pembelajaran ICT yang lain bersama rakan-rakannya. Sokongan dan dorongan dari ibunya menambahkan lagi semangatnya untuk mempelajari ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.