Nama

NUR ADRIANNA BASHASHA BINTI NOOR AZRUL AL-HAFIZ

Umur

: 06 Tahun

Ahli

: 01 feb 2023

Latar belakang

Adik Nur Adrianna Bashasha dikenali sebagai Bashasha merupakan seorang ahli baru PEDi Felda Jenderak Utara pada 1 Feb 2023.  Adik  Bashasha merupakan kanak-kanak berusia 6 tahun, bersekolah di Pra-Sekolah SKJU. Adik Bashasha merupakan anak kepada seorang jururawat klinik Desa Felda Jenderak Utara yang baru sahaja berpindah ke sini. Adik Bashasha merupakan seorang pelajar yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seorang kanak-kanak yang kurang pendedahan dengan komputer, Adik Bashasha pada permulaannya kurang mahir dalam penggunaan komputer, kurang pendedahan dengan pembelajaran atas talian. Adik Bashasha juga tidak pandai menggunakan tetikus dengan cekap.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sejak pertama kali Adik Bashasha mengikuti Kelas E-Tuisyen, adik Bashasha sangat teruja, bersemangat dan seronok belajar secara atas talian bersama kawan-kawan yang sebaya dengannya. Adik kandungnya juga Aidan sering mengikutinya belajar di PEDi Felda Jenderak Utara. Adik Bashasha tidak akan melepaskan peluang untuk belajar menggunakan komputer, lebih banyak menghadiri kelas-kelas E-tuisyen dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PEDi Felda Jenderak Utara. Baginya pembelajaran atas talian merupakan satu kaedah yang bagus untuk pembelajaran selain menggunakan buku teks. Selain mengikuti kelas E-Tuisyen dan ICT, adik Bashasha juga mengikuti kelas-kelas pembelajaran yang lain seperti kelas matematik secara bersemuka dengan petugas PEDi. Sokongan dan dorongan dari ibunya menambahkan lagi semangatnya untuk mempelajari ICT di PEDi Felda Jenderak Utara.