Nama

MUHAMMAD HAIRUL BIN ABDUL RAZAK

Umur

: 34 Tahun

Ahli

: 24 disember 2013

 

Latar belakang

 

En. Hairul merupakan ahli PEDi Felda Jenderak Utara sejak 24 dec 2013. Beliau merupakan Founder ANQ kerepek bayam brazil. Beliau seorang yang cepat belajar, sangat berminat dengan dunia ICT boleh dilihat melalui penglibatannya dalam program-program yang dianjurkan oleh PEDi Felda Jenderak Utara. Beliau juga sangat minat berniaga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pada pandangan beliau pada permulaannya, PEDi hanya untuk pembelajaran ICT sahaja tidak melibatkan program-program keusahawanan. Sebelum mempelajari ilmu keusahawanan, perniagaan beliau kurang mendapat sambutan. Pengiklanan perniagaan yang kurang menarik, pendapatan yang diperolehi juga tidak memuaskan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Pertama kali beliau mengikuti program usahawan, beliau menyedari PEDi adalah tempat pembelajaran ICT dan Keusahawanan secara percuma. Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk. Beliau menerima pelbagai ilmu dalam dunia pemasaran secara online dan offline semasa mengikuti bengkel keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Felda Jenderak Utara.

 

Kini beliau boleh mengikuti kelas online perniagaan di PEDi. Beliau aktif mempromosikan produk beliau di media social dan telah berjaya menambah pendapatan dari semasa ke semasa. Kerepek Bayam Brazil semakin dikenali dan mendapat tajaan atau Kerjasama dari Risda, Felda dan Peladang.