USAHAWAN PULUT BERHIAS

Nama

NOOR HAFIZA BINTI HARUN

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: 23 NOVEMBER 2019

Latar belakang

Puan Siti Roslah merupakan ahli NADI sejak 27 April 2010. Beliau merupakan graduan dari UiTM Shah Alam dan sangat meminati seni kulinari sejak remaja. Minat yang mendalam dalam masakan mendorong beliau untuk menambah pendapatan dengan menghasilkan masakan yang sedap dan menarik. Beliau memulakan perniagaan dengan menghasilkan pulut berhias untuk pelbagai majlis dan mendapat sambutan yang baik. Perniagaan ini mendapat tempahan di dalam Felda dan semakin meluas sehingga ke luar kawasan. Beliau seorang yang sangat cepat belajar dan sangat berminat dengan dunia ICT. Beliau juga selalu menyertai program anjuran NADI berkaitan keusahawan, Integriti beliau untuk memajukan Felda amat tinggi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri dalam program keusahawan NADI, mempunyai Kemahiran asas dalam aplikasi komputer, tetapi lebih kerap menggunakan aplikasi telefon. menjual dan mempromosikan produk makanan kepada jiran-jiran dan komuniti setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Menyedari penggunaan internet yang semakin meluas dalam urusan pemasaran produk, beliau mengambil anisiatif untuk menambahkan lagi ilmu keusahawanan beliau. Beliau menjalani Latihan asas pengeditan imej, penghasilan video secara kreatif dan juga pengetahuan perniagaan secara online. Dari segi kaedah promosi, beliau menggunakan akaun facebook, Instagram dan tiktok selain status dan Kumpulan whatsapp untuk mendapatkan pelanggan yang lebih meluas. Ianya membantu meningkatkan jumlah tempahan dan pendapatan bulanan beliau serta lebih dikenali oleh pelanggan.