Aktiviti gotong-royong GPW sedang giat dijalankan pada bulan Disember ini berikutan lawatan dari Wilayah mempaga bagi AKKF 2019. antara kateria yang di ambil kira adalah keceriaan dan kebersihan rumah-rumah kepimpinan setempat seperti rumah Pengurus FELDA, rumah ketua peneroka, rumah ketua GPW, rumah imam masjid, rumah contoh, masjid, sekolah, Pusat Internet, Balai Raya, Dewan Orang kawasan-kawasan awam, Kedai Mara, padang awam, Padang Futsal dan papan tanda setiap blok di dalam rancangan. 

IMG-20191011-WA0010 IMG-20191016-WA0282

 

Mesyuarat GPW bagi bulan september telah dijalankan pada 05 September 2019. pelbagai aktiviti sepanjang bulan ogos dan september telah dibentangkan oleh biro-biro. topik keceriaan kawasan rancangan masih menjadi topik utama di dalam mesyuarat kali ini. cadangan bagi aktiviti keceriaan telah dibentangkan. terdapat beberapa program yang bakal dijalankan dalam masa terdekat antaranya program perdana kacau bubur asyuara dan gotong-royong perdana bagi kawasan jalan utama rancangan. sebanyak 100 cabutan bertuah akan disediakan pada program gotong-royong perdana tersebut. semua badan-badan diwajibkan untuk turun turut serta.

 

Majlis bacaan yassin GPW di adakan secara bergilir-gilir mengikut blok gabungan yang telah di tetapkan. selain itu juga, jemputan Yassin oleh dari individu jugak tidak kurang jumlahnya pada setiap minggu. Ahli-ahli GPW, Bliawanis, dan ahli marhaban akan bersama-sama ke majlis tersebut. selain dari majlis Yassin, GPW dan Kumpulan marhaban juga sangat aktif dalam majlis marhaban, kegiatan sosial dan kelas fardu ain.

Mesyuarat GPW Felda Jenderak Utara telah dijalankan pada 8 Ogos 2019 di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. isu utama pada mesyuarat kali ini adalah keceriaan kawasan kampung dan kebersihan di kawasan jalan-jalan utama. seramai 26 orang telah menghadiri mesyuarat GPW pada bulan Ogas ini. perancangan bagi aktiviti sepanjang bulan Ogos ini telah di rangka dan akan dijalankan mengikut tarikh masa dan tempat yang telah dijadualkan.

   

Mesyuarat bulanan GPW Felda Jenderak Utara telah dijalankan pada 23 Jun 2019. seramai 25 orang telah menghadiri mesyuarat ini iaitu 243 orang dari kalangan ketua-ketua blok wanita, Pengerusi Belia, Wakil Kaf, dan Pengurus Pusat Internet Felda Jenderak Utara. Agenda utama mesyuarat kali ini ialah berkenaan dengan kebersihan dan keceriaan kawasan kampung. satu pertandingan keceriaan kawasan blok dan papan tanda blok juga akan di pertandingkan dan penyampaian hadiah blok tercantik akan di jalankan pada hari jamuan hari raya pada 25hb Jun 2019.