Pada bulan may ini, mesyuarat GPW di adakan di dalam bulan ramadhan. banyak aktiviti-aktivi yang telah di rancang dan akan dijalankan di dalam bulan Ramadhan ini. antara aktiviti yang di jalankan dan bakal dijalankan ialah Tadarus Al-Quran di Blok-blok dan memasak bagi more. pada hari Nuzul al-quran juga, pihak Rancangan bersama pihak Wilayah Mempaga akan mengadakan majlis tadarus al-quran di masjid An-Nur Felda Jenderak Utara. semua aktiviti gotong-royong di hentikan buat sementara waktu.

Mesyuarat Bulanan GPW telah diadakan pada 11 April 2019 bertempat di Wisma JKKR. pihak pengurusan telah memberi pencerahan berkenaan dengan isu semasa dan permasalahan pengurusan pembayaran hasil dan keceriaan kawasan rancangan. Pengumpulan maklumat berkenaan pesakit kronik, OKU, anak yatim dan bakal haji telah dikutip bagi memastikan maklumat-maklumat dikumpul dan di failkan lebih awal bagi proses penyerahan dan permohonan bantuan kepada golongan tersebut. seramai 24 orang ketua blok wanita telah menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jenderak Utara telah mengadakan mesyuarat bulanan. semua ketua-ketua blok wanita telah dijemput untuk bersama-sama di dalam mesyuarat bagi membincangakan masalah di dalam blok dan rangcangan. tujuan mesyuarat ini di adakan pada setiap bualan adalah bagi menyelesaikan masalah-masalah dan aduan dari penerokawati serta perancangan-perancangan dan perlaksanaan aktiviti GPW yang telah dijalankan dan yang masih dalam perancangan. pihak pengurusan Felda juga memberi maklumat-maklumat terkini berkenaan isu-isu semasa dan permasalahan berkenaan pentadbiran Felda bagi membolehkan semua pihak faham dan mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya bagi kelangsungan aktiviti dan penyelesaian permasalah serta isu berbangkit.

 

Mesyuarat GPW Felda Jenderak Utara akan di adakan pada setiap bulan sepanjang tahun. seramai 24 orang ketua blok yang telah dilantik akan menghadiri mesyuarat ini. terdapat 2 orang pegawai dari pejabat Felda akan bersama-sama dalam mesyuarat ini. antara isu utama yang akan dibincangkan ialah berkenaan dengana kebersihan dan keceriaan kawasan kampung. semua biro-biro yang telah dilantik akan membentangkan laporan bulanan bagi aktiviti biro masing-masing. semua isu-isu di dalam blok akan dibincangkan bersama-sama bagi mendapat penyelesaian.

 

Mesyuarat bulanan bagi Gerakan persatuan wanita (GPW) Felda Jenderak Utara di adakan pada 17 Disember 2018. semua ketua-ketua blok wanita dijemput hadir mesyuarat bulanan bagi membincangkan masalah kawasan rancangan dan masalah ahli-ahli blok masing-masing. terdapat pelbagai masalah yang diutarakan dan pengerusi serta pegawai felda akan membantu menyelesaikan masalahmasalah tersebut.