Persatuan wanita Marhaban Felda Jenderak Utara telah mula bergiat menjalanakan kelas dan mengambil jemputan bagi majlis-majlis cukur jambul dan aqeqah di dalam kawasan rancangan Felda dengan mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan. persatuan menghadkan seramai 15 hingga 20 orang sahaja yang menghadiri sesuatu majlis bagi mengelakan terlalu rapat dan bersesak. 

marhaban marhaban 1

Gerakan Persatuan Wanita Felda Jenderak Utara telah menjalankan gotong-royong secara terancang dan besar-besaran bagi persediaan pemeriksaan pertandingan keceriaan kawasan rangcangan AKRF peringkat wilayah Mempaga yang akan dijalankan pada 23 November 2021. semua ketua-ketua blok wanita dan ahli blok bekerjasama menceriakan kawasan rumah dan blok masing-masing dan mengecat di papan blok. 

Pergerakan Wanita Felda Jenderak Utara telah membuat penyerahan bantuan kotak makanan covid-19 kepada warga emas yang berumur 70 tahun ke atas yang menundi di dalam Rancangan Felda Jenderak Utara. Seramai 296 orang telah disenarai pendekan bagi menerima bantuan ini. Bantuan ini adalah bukan kali yang pertama. pelbagai bantuan telah diturunkan oleh Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Wan Rosdy Bin wan Ismail bagi menunjuk betapa beliau perihatin terhadap Rakyat Negeri Pahang dan ingin memastikan semua yang memerlukan telah mendapat bantuan bagi meringankan beban kehidupan semenjak pendemit covid-19 ini melanda negara.

Persatuan Wanita dan GPW Felda Jenderak Utara telah membuat gerakan menghantar bantuan kepada yang mermelukan. golongan sasaran adalah ibu tunggl, keluarga yang kuarantin akibat covid-19 dan kontak rapat, B40 yang terkesan dan keluarga yang tidak pernah menerima kotak rezeki dari pemimpin. senarai dan pembahagian ini adalah keluaraga yang belum menerima bantuan dari ketua peneroka bagi fasa pertama dan kedua.

bantuan covid 2 bantuan covid 4 bantuan covid pkp 2021