Mesyuarat GPW bagi bulan september telah dijalankan pada 05 September 2019. pelbagai aktiviti sepanjang bulan ogos dan september telah dibentangkan oleh biro-biro. topik keceriaan kawasan rancangan masih menjadi topik utama di dalam mesyuarat kali ini. cadangan bagi aktiviti keceriaan telah dibentangkan. terdapat beberapa program yang bakal dijalankan dalam masa terdekat antaranya program perdana kacau bubur asyuara dan gotong-royong perdana bagi kawasan jalan utama rancangan. sebanyak 100 cabutan bertuah akan disediakan pada program gotong-royong perdana tersebut. semua badan-badan diwajibkan untuk turun turut serta.