Satu program membersihkan dan mengupul sejadah, telekong sembahyang dan kain pelekat bagi penduduk orang asli kg penderas Kuala krau. program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua wanita dan penduduk orang asli Kg Penderas. Surau ini digunakan untuk sembahyang jumaat dan sembahyang waktu. Telah 3 bulan ia beroperasi setelah ramai penduduk orang asli yang memeluk agama islam.

Mesyuarat GPW telah di adakan 1 minggu lebih awal dari mesyuarta JKKR. semua ketua-ketua blok wanita  seramai 25 orang, ketua belia dan pegawai felda dijemput bagi menyelesaikan masaalah kecerian kawasan rancangan dan penyelesaian setiap masalah-masalah di dalam blok yang di jaga oleh ketua-ketua blok wanita. Puan Hajah Rokiah selaku ketua GPW di rancangan Felda Jenderak Utara sangat menitik beratkan kebersihan dan keceriaan kawasan kampung. selain itu juga di dalam mesyuarat ini, banyak jadual-jadual bagi majlis ilmu di aturkan.

Majlis bacaan yassin dan doa selamat bagi mingguan telah dijalankan di rumah Puan Siti khadijah Binti Abdullah, iaitu ketua blok wanita untuk blok 17. majlis berjalan dengan lancar dan merah. tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan nasi dagang. majlis seperti ini sentiasa dijalankan di dalam rancangan Felda Jenderak Utara bagi merapatkan hubungan dan memenuhi masa lapang wanita-wanita amnya.

 

Satu program salam sayang yang di anjurkan oleh Wanita Umno bersama GPW. program ini bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengajak kita hidup secara sihat dan aman damai. acara membaca yassin juga di jalankan bagi merahmati majlis tersebut. sambutan dari wanita amat menggalakan. majlis seperti ini amat digalakan bagi menjadikan kehidupan seharian kita lebih aman dan teratur.

Majlis cukur jambul dan doa selamat ini memamg sering dan selalu di jalankan di dalam rancangan Felda Jenderak Utara. Kumpulan Marhaban wanita Felda Jenderak Utara adalah yang akan dijemput bagi menyempurkan majlis bacaan yasin, cukur jambul, marhaban dan doa selamat. kumpulan marhaban ini mempunyai 25 orang ahli. sangat aktif bagi majlis-majlis agama.