Majlis bacaan yassin bagi wanita-wanita dan GPW bulanan telah dijalankan di rumah Puan Zainun di Blok 17. majlis ini dijalankan sempena keberangkatan beliau ke tanah suci bagi menunaikan umrah sekaligus mengikut giliran bagi majlis bacaan yassin GPW bulanan. majlis yang sangat baik ini di sambut baik juga oleh beliawanis-beliawanis yang mula menjinakan diri ke majlis-majlis keagamaan ini.

Bagi mencerikan kawasan Rancangan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jenderak Utara akan mengadakan aktiviti gotong-royong secara bersepadu di kawasan-kawasan jalan utama dan di blok-blok. Persatuan belia juga di jemput bersama-sama bagi membantu wanita mencuci dan menanam pokok-pokok bungan. Pengurus FELDA Jenderak Utara En. Fazeli Bin Ibrahim juga turut turun padang bersama-sama menanam pokok hiasan di tepi-tepi jalan besar.

 

Majlis bacaan Yassin dan Marhaban telah dijalankan sepanjang bulan september 2018. majlis bacaan yassin ini seringkali dijalankan pada setiap bulan di rumah-rumah yang telah di tetapkan. semua ketua-ketua blok, ahli blok, belia dan komuniti dijemput untuk bersama-sama. majlis ini sangat mendapat sambutan oleh semua penduduk dan amat memberi manfaat bagi komuniti setempat untuk memenuhi masa lapang dan merapatkan hubungan siratulrahim.

Gambar disini

Mesyuarat GPW Bulanan bagi penggal baru telah dijalankan di wisma JKKR Felda Jenderak Utara. seramai 24 orang ketua blok wanita yang baru dilantik di dlaam pemilan baru-baru ini telah hadir ke mesyuarat bulanan ini. banyak perkara dan permasalahan telah diutarakan bagi mendapat kata sepakat dan jalan penyelesaian. Ketua GPW yang lama iaitu Hajah Rokiah Binti Jamaluddin telah digantikan dengan Puan Siti Khadijah Binti Abdullah. semoga dengan kepimpinan yang baru ini akan menceriakan lagi kawasan Rancangan.

Antara perancangan bagi program keagamaan dan kemasyarakatan ialah, program mengacau bubur asyura perdana serta majlis bacaan yassin setiap minggu di seluruh Felda Jenderak Utara.

 

 

Satu program membersihkan dan mengupul sejadah, telekong sembahyang dan kain pelekat bagi penduduk orang asli kg penderas Kuala krau. program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua wanita dan penduduk orang asli Kg Penderas. Surau ini digunakan untuk sembahyang jumaat dan sembahyang waktu. Telah 3 bulan ia beroperasi setelah ramai penduduk orang asli yang memeluk agama islam.