Sempena bulan ramadhan yang menjelang wanita-wanita terutamanya tidak melepaskan peluang untuk menjalankan majlis agama iaitu Tadarus Al-Quran yang memang menjadi rutin tahunan. golongan ini akan berkumpul beramai-ramai dirumah yang dipilih atau di masjid untuk menjalakan majlis ini. kebiasaanya kumpulan ini akan mengambil masa 4 ke 5 hari untuk menghabiskan 30 juzuk Quran. Daripada jumlah yang ramai, peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang kecil iaitu antara 3 ke 4 orang dalam 1 kumpulan.

Gerakan Persatuan wanita (GPW) Felda Jenderak Utara telah mengadakan satu bengkel penanaman lada dan labu secara fertigasi Bio Agro bagi penduduk kawasan Felda Jenderak Utara pada 8hb Mac 2017 di dewan JKKR Felda Jenderak Utara

Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. Kaedah ini lebih mudah,selesa dan tidak memenatkan. Menggunakan media tanaman saperti sekam padi,cocopeat atau camporan kedua nya. Nutrient atau baja cecair di alirkan ke pokok melalui saluran pengairan yang diukur dengan sukatan masa tertentu mengikut pembesaran pokok.

Kelebihan Sistem Fertigasi

    # Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok 
    # Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit 
    # Mengatasi masalah bawaan tanah   
    # Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik 
    # Penggunaan baja yang cekap dan jimat
    # Mengurangkan penggunaan racun
    # Modal pusingan yang rendah
    # Meningkatkan hasil pengeluaran  
    # Masalah merumpai sangat rendah      


Kelemehan Sistem Fertigasi
 

    # Modal yang tinggi bagi memulakan projek
    # Memerlukan kemahiran
    # Keroskan sistem membawa kerugian