Penyerahan bakul makanan telah dijalankan di kawasan rancangan Felda Jenderak Utara bermula awal Julai ini. Pihak pengurusan dan pemimpin setempat telah mengenal pasti golongan dan rumah yang memerlukan bantuan makanan. penyerahan telah dilakukan secara berperingkat-peringkat dan mengikut garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan.

bakul makanan 1 bakul makanan 2

Majlis Tadarus Al-qurqn telah di adakan di masjid Felda Jenderak Utara pada 22.04.2021. seramai 30 orang telah menyertai majlis ini. majlis ini dijalankan mengikut sop yang telah di tetapkan dan terhad kepada 50 orang peserta sahaja bagi menjaga jarak. Majlis telah selesai pada jam 1.00 petang dengan jayanya. 

tadarus 2 tadarus 4

Mesyuarat GPW telah dijlankan pada bulan mac ini selepas tamatnya PKBP. mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh AJK tertinggi sahaja. Mesyuarat dijalankan mengikut SOP yang telah ditetaapkan oleh kementerian. seramai 10 orang telah menghadiri mesyuarat dan membincangan aktiviti yang bakal dijalankan dan permasalahan komuniti setempat. terdapat pelbagai isu yang telah dibincangkan dan akan dilaksanakan.

Dibulan yang mulia ini, persatuan wanita GPW Felda Jenderak Utara telah mengadakan majlis Tadarus Al-quran di Masjid Felda Jenderak Utara secara sederhana dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Semua yang hadir wajib memakai penutup mulut, sihat dan tidak pernah bercuti ke luar daerah dalam masa 14 hari kebelakangan.

Majlis bacaan yassin mingguan telah pun dijalankan semula selepas tamat tempoh PKP dan PKBP. Semua tetamu yang hadir telah mengikut SOP yang telah ditetapkan. seramai 25 orang ketua blok dan ahli blok telah menghadiri majlis tersebut. majlis ini adalah menjadi aktiviti sepanjang tahun bagi aktiviti keagamaan dan ianya dapat merapatkan hubungan siratulrahim.