Persatuan marhaban Wanita Felda Jenderak Utara telah menerima jemputan bagi majlis marhaban, cukur jamboi dan tahlil dirumah En. Abdul Razak blok 18. seramai 35 orang telah menghadirkan diri bagi menjayakan majlis tersebut.

Gerakan Persatuan Wanita Felda Jenderak Utara telah mengadakan majlis tadarus Al-quran pada setiap tahun di dalam bulan ramdhan sempena menyambut nuzul quran. seramai 58 orang komuniti wanita telah menyertai program ini. Program ini telah diadakan di masjid Felda Jenderak Utara bermula pada jam 8.00pg dan berakhir pada 1.00 petang. peserta yang menyertai majlis ini telah disediakan goodes sebagai tanda penghargaan. 

WhatsApp Image 2022-04-21 at 5.06.20 PM WhatsApp Image 2022-04-21 at 11.55.19 AM 1

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) telah mengadakan gotong-royong perdana dengan kerjasama MBFM, JKKR, Pejabat FELDA, Tabika Kemas dan KRT. Kawasan yang diutamakan adalah kawasan padang awam dan tabika kemas. semenjak dunia telah dilanda pandemik Covid-19, aktiviti sukan dan riadah telah dihentikan bagi mengelakan penyebaran wabak Covid-19 dapat di bendung. Hampir dua tahun padang awam dan gelanggang futsal tidak digunakan dan dijaga. Aktiviti mesen rumput, menebang pokok dan meracun juga dijalankan selain membersihkan sampah-sampah. 

Satu pertandingan kecerian papan tanda blok dan sekitarnya telah diadakan bagi menyuntik semagat ahli-ahli blok untuk membersihkan dan menceriakan blok masing-masing. Antara hadiah yang di sediakan ialah berupa wang tunai dan barangan elektrik yang telah disumbangkan oleh Yb Dato Sri haji Mohamed Bin Hj Jaafar, ADUN kawasan Jenderak. terdapat 24 blok yang bertanding termasuk kawasan kedai MARA. majlis ini dijalankan bagi persediaan untuk pertandingan AKKF peringkat wilayah pada hujung tahun ini.

papan blok