Gerakan persatuan Wanita (GPW) Felda Jenderak Utara telah menjalankan aktiviti gotong-royong berskala kecik bagi membersihakan kawasan GPW dan sekitarnya. setelah sekian lama persatuan GPW tidak menjalankan aktiviti gotong-royong setelah Perdana Menteri mengistiharkan perintak kawalan pergerakan bersyarat dan di ikuti PKP pada baru-baru ini. sejumlah 10 orang AJK GPW telah dikuarantin bagi kes kontak rapat Tok Pat, maka segala aktiviti terbehenti sepenuhnya. setelah arahan PKBP bermula, pengerusi puan Siti Khadijah dan Puan Fatin adillaSDA (U) Felda Jenderak Utara mula membuat gerakan secara bersekala kecil dan penjarakan sosial bagi aktiviti gotong-royong di banggunan GPW.

gpw 21 gpw 23 gpw 26

Penilaian AKKR akan dijalankan pada awal bulan November 2020. semua ketua-ketua blok GPW telah bekerja keras membersih dan menceriakan kawasan rancangan dan blok masing-masing. Semua ketua-ketua blok memanggil ahli-ahli blok masing-masing untuk turun bersama-sama membersih dan menceriakan kawasan blok masing-masing. kateria yang diambil kira ialah kebersihan dan keceriaan kawasan jalan utama, kedai mara, banggunan-banggunan awam dan Pusat INternet, rumah kakitangan, rumah pengurus, rumah ketua GPW dan rumah contoh.

blok 12 gpw

Satu majlis bacaan yassin, marhaban dan cukur jambul telah berlangsung di rumah puan Nasiah Binti Awang Kecik. Majlis ini telah dijalankan oleh persatuan GPW (Gerakan Persatuan wanita) Felda Jenderak Utara dan Persatuan Marhaban Felda Jenderak Utara. majlis ini telah dihadiri seraimai 45 orang ketua-ketua blok wanita, ahli blok dan ahli marhaban. majlis bermula dari jam 3.00 petang sehingga 5.30 petang.

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) dan Persatuan Marhaban Felda Jenderak Utara adalah persatuan wanita yang sangat aktive bergerak di dalam rancangan. persatuan ini sentiasa mendapat jemputan dan sambutan daripada warga tempatan dan juga dari luar kawasan rancangan. ahli-ahli persatuan ini terdiri daripada warga emas (penerokawati) Beliawanis dan Generasi kedua Felda (KAF). hampir setiap minggu kumpulan marhaban dan GPW mendapat jemputan daripada warga tempatan bagi menjalankan majlis-majlis keagamaan. ketua dan penolong serta ahli persatuan ini adalah diantara yang pandai dan mempunyai ilmu agama yang sangat bagus. ia juga terdiri daripada guru-guru agama.

cj-1 cj-2

Pada 18 september 2020 gerakan Persatuan Wanita Felda Jenderak Utara telah mengadakan mesyuarat bulanan  yang bertempat di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara pada jam 3.00 petang sehingga 5.30 petang. mesyuarat di hadiri oleh semua ketua-ketua blok, wakil KAF, wakil MBFM dan Ketua Peneroka. antara isu yang diketengahkan ialah berkenaan dengan keceriaan kawasan kampung dan pembesaran anak-anak sungai di kawasan rizab belakang rumah peneroka. memandangkan IKKF akan di jalankan pada bulan oktober ini, pelbagai perancangan bagi menaikan renking rancangan telah di susun atur dan akan dijalankan mengikut jadual aktiviti yang telah dirangka khas.

1 22b9c2ac-e97f-45d7-9fe1-82dd28438f00