Mesyuarat Bulanan GPW telah diadakan pada 11 April 2019 bertempat di Wisma JKKR. pihak pengurusan telah memberi pencerahan berkenaan dengan isu semasa dan permasalahan pengurusan pembayaran hasil dan keceriaan kawasan rancangan. Pengumpulan maklumat berkenaan pesakit kronik, OKU, anak yatim dan bakal haji telah dikutip bagi memastikan maklumat-maklumat dikumpul dan di failkan lebih awal bagi proses penyerahan dan permohonan bantuan kepada golongan tersebut. seramai 24 orang ketua blok wanita telah menghadiri mesyuarat pada kali ini.