Pemeriksaan kesihatan percuma untuk program PEKA B40 My health clinic pada 11 disember 2019 di wisma JKKR Felda Jenderak Utara pada jam 8.00pg sehingga jam 6.00 petang. Penerima bantuan sara hidup (BHS) adalah layak untuk mendapat pemeriksaan secara percuma. semua warga Jenderak Utara yang berumur bawah 50 tahun di jemput datang beramai-ramai bagi mendapat pemeriksaan percuma serta boleh memohon sebarang bentuk bantuan bagi masalah kesihatan dari segi kos perubatan mahupun barang keperluan pesakit.

IMG 20191211 160218  IMG 20191211 160518

Satu program demo masakan untuk bayi yang berumur 6-8 bulan telah dijalankan di klinik kesihatan Desa Felda Jenderak Utara. demo masakan ini diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada ibu-ibu bagi penyediaan makanan yang sesuai dan berzat untuk bayi yang berumur 6-8 bulan. 

 

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak Pusat Internet bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu warga emas, belia dan beliawanis serta pelajar sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Jom Hidup Sihat boleh  menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus kepada kebersihan diri, pemakanan yang seimbang, senaman yang  konsisten, mengelakkan stress dan konflik serta menjauhi penyalahgunaan dadah. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan  kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah. Kesedaran golongan ibu bapa juga amat penting bagi memastikan amalan gaya hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

 

Satu Program kesihatan bersama Jabatan Pergigian Daerah Temerloh bakal berlangsung pada 25hb-26hb Mac 2019 bertempat di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. Program Ini dianjurkan Oleh JKKR Felda Jenderak Utara dengan kerjasama GPW, MBFM dan Pusat Internet Felda Jenderak Utara. antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pemeriksaan gigi, penampalan gigi, mencuci gigi, mewarna Kanak-kanak Pra sekolah, Tabika Kemas dan Pasti. pada hari ke 2, acara games bagi kanak-kanak juga disediakan. Pusat Internet Felda Jenderak Utara akan membuka kaunter bagi aktiviti cek Kesihatan (tekanan darah dan gula) golongan sasaran adalah semua komuniti setempat.

 

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

 

1.     Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2.     Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3.     Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4.     Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5.     Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

6.     Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.