Program Kesihatan Pergigian, melalui inisiatif Program Kampung Angkat Pergigian sekali lagi telah mengorak langkah dalam memastikan kesihatan pergigian rakyat terus terjamin melalui liputan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian yang lebih meluas, di samping memberi pendidikan kepada masyarakat untuk mengamalkan penjagaan kesihatan pergigian yang betul. Program ini berperanan untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian masyarakat secara menyeluruh melalui penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian secara holistik, terus kepada masyarakat. Melalui program ini juga, masyarakat digalakkan untuk turut mengambil cakna dalam urusan kesihatan pergigian mereka dan juga kelompok sosial masing-masing. Sumber manusia dan fasiliti pergigian seperti Klinik Pergigian Bergerak dan Makmal Pergigian Bergerak juga dimanfaatkan secara optimum melalui program ini.

Felda Jenderak Utara telah terpilih sebagai kampung angkat pergigian Daerah Temerloh. program kampung angkat ini akan di adakan pada setiap tahun. program ini telah dijalankan dengan kerjasama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Jenderak Utara. seramai 150 orang telah hadir bagi membuat rawatan gigi dan mendengar ceramah dan bengkel penjaan gigi.