Klinik Desa Felda Jenderak Utara telah mengadakan pemeriksaan pap smear pada 6 Julai 2022 pada jam 2.30 petang - 4.00 petang. pap smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. jika ia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks. Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita Malaysia. kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser. Dengan membuat pemeriksaan pap semear, ia dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit sepenuhnya. kita perlu menjalani ujian pap smear 3 tahun sekali.

Hampir dua tahun kita tidak dapat menjalankan program yang melibatkan jumlah komuniti yang ramai disebabkan pendemik Covid-19 melanda dunia. Setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik pada 1april 2022 iaitu fasa peralihan yang membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun bergelut dengan wabak COVID-19 ramai yang telah mula merangka program kemasyarakatan dan kesihatan.  Setelah sedikit demi sedikit SOP di longgarkan, terdapat banyak program bersama komuniti telah mula dijalankan dengan pematuhan SOP yang telah diberikan. Klinik pergigian  juga mula mengadakan program kampung angkat. program ini dijalankan dengan kerjasama JKKR Felda Jenderak Utara pada 18 Jun 2022 yang bertempat di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah:-

  • Peneriksaan Pergigian 
  • Saringan Kanser Mulut & kesihatan Gigi
  • Rawatan Pergigian Mudah (tertakluk kepada SOP)
  • Pameran dan ceramah pergigian 
  • permainan interaktif
  • booth Farmasi

 

Hadiah bagi cabutan bertuah juga akan disediakan.

WhatsApp Image 2022-06-08 at 8.37.18 AM

 

Bagi mengelakkan kesesakan di PPV,KKM menasihatakan agar hanya ibu bapa atau penjaga yang datang ke PPV bersama-sama anak anda untuk vaksinasi. sebagai persediaan vaksinasi, pastikan anak-anak rehat secukupnya, makan dan minum sebelum ke PPv dan selepas vaksinasi, galakan anak-anak berehat dan elak dari melakukan aktiviti lasak selama seminggu. 

kid vaksinasi