Hampir dua tahun kita tidak dapat menjalankan program yang melibatkan jumlah komuniti yang ramai disebabkan pendemik Covid-19 melanda dunia. Setelah kerajaan mengumumkan fasa endemik pada 1april 2022 iaitu fasa peralihan yang membolehkan kita semua kembali kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun bergelut dengan wabak COVID-19 ramai yang telah mula merangka program kemasyarakatan dan kesihatan.  Setelah sedikit demi sedikit SOP di longgarkan, terdapat banyak program bersama komuniti telah mula dijalankan dengan pematuhan SOP yang telah diberikan. Klinik pergigian  juga mula mengadakan program kampung angkat. program ini dijalankan dengan kerjasama JKKR Felda Jenderak Utara pada 18 Jun 2022 yang bertempat di Wisma JKKR Felda Jenderak Utara. Antara aktiviti yang bakal dijalankan ialah:-

  • Peneriksaan Pergigian 
  • Saringan Kanser Mulut & kesihatan Gigi
  • Rawatan Pergigian Mudah (tertakluk kepada SOP)
  • Pameran dan ceramah pergigian 
  • permainan interaktif
  • booth Farmasi

 

Hadiah bagi cabutan bertuah juga akan disediakan.

WhatsApp Image 2022-06-08 at 8.37.18 AM