dos-penggalak-vaksin-1024x1024

Program pemberian dos penggalak yang bermula 13 oktober lalu dilaksanakan bagi meningkatkan tahap imunisasi yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas mendapat dos lengkap dan bertujuan memastikan tempoh perlindungan yang optima diperolehi oleh penerima vaksin COVID-19. Seperti yang dimaklumkan oleh KKM, dos penggalak atau booster, dos ini bertujuan memastikan perlindungan yang optimum dapat dicapai terhadap jangkitan covid-19. penerima dos ketiga meliputi petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan termasuk pesakit kurang daya tahan imun, warga emas dan individu yang tinggala tau bekerja di pusat jagaan serta individu dengan komorbid.

Tahukah anda, terdapat perbezaan antara dos tambahan dan dos penggalak (booster dose).

Dos ketiga diberikan kepada individu berisiko tinggi, manakala booster dose pula diberikan kepada semua individu untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu.

 

20210925-PerananIbubapaSlpsAnakVax

Program imunisasi COVID-19 kebangsaan remaja berumur 12-17 tahun (PICK REMAJA) dan penubuhan pasukan bertindak imunisasi COVID-19 remaja (COVID-19 immunisation task force - Adolescent, CITF-A)

Kementerian Kesihatan menawarkan pemberian vaksin COVID-19 kepada remaja dengan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 16 dan 17 tahun yang akan menduduki peperiksaan awam dan remaja dengan komorbid.Semua sekolah, institusi pendidikan, perlindungan dan pemulihan kerajaan dan swasta dimohon untuk mendaftarkan institusi masing-masing di portal Portal Vaksin-Anak-Ku yang telah dibangunkan oleh KKM. Pada masa yang sama, ibu/bapa dan penjaga kepada remaja disarankan untuk mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan di dalam aplikasi MySejahtera.

Jenis vaksin yang akan digunakan adalah comirnaty (keluaran pfizer Bio-NTech). Vaksin tersebut telah mendapat kelulusan berstatus pendaftaran bersyarat oleh bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). sebanyak 2 dos suntikan akan diberikan kepada remaja. CITF-A menyasarkan 60% remaja yang berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya 1 dos vaksin pada bulan november 2021 dan 80% remaja mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022. CITF-A akan memastikan sasaran ini dapat dicapai dan kerjasama dari semua agensi diperlukan.

* sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Covid-19 lebih mudah tersebar di kawasan-kawasan berikut:
Elakkan diri anda daripada berada di:
1. kawasan sesak yang dipenuhi orang ramai seperti di dalam kedai runcit yang sempit.
2. Kawasan dimana sembang/perbualan jarak dekat berlaku
3. Kawasan sempit dan tertutup dengan pengudaraan yang kurang baik
Elakkan juga sebarang majlis jamuan di pejabat mahupun rumah dan berkumpul dalam jumlah yang ramai. anda berisiko mendapat jangkitan covid-19 daripada mereka yang berada disekeliling anda. jika leka dan tidak ambil peduli dengan SOP yang telah diberikan.
sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.
covid ogos 2021