Untuk pengetahuan anda, daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria salmonella dan campylobacter pada papan pemotong dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

Bayangkan jika anda menggunakan papan yang sama untuk memotong murtabak yang dibeli di pasar malam atau mengupas buah epal.

Bakteria penyebab keracunan makanan ini boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.

Sebab itu penting ada papan pemotong yang berbeza untuk bahan yang berlainan.

Merah- Untuk daging, ayam mentah
Hijau- Sayur sayuran
Biru- bahan kering lain
Putih- untuk roti, kek

kesihatan

Kita boleh lakukannya bersama-sama.

Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

#KitaMestiMenang

#COVID19malaysia

#COVID19

sumber : CPRC KKM

pkpp

KESIHATAN MINDA

Pastikan kesihatan minda anda sentiasa terjaga sepanjang tempoh PKPB. Ikuti tips yang tertera bagi menjaga kesihatan minda.

Sumber : Bernama

Masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial, mempunyai kawalan kendiri & amalkan normal baharu untuk sama-sama putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

KESIHATAN BARU

covid-19 jumaat

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang mencabar dan sangat luar biasa. Satu tahun sangat unik yang belum pernah kita lalui selama ini.

Namun, hidup perlu diteruskan. Kita TIDAK mampu untuk berkurung di rumah untuk tempoh lama. Ekonomi perlu digerakkan, kehidupan sosial perlu di sambung termasuk untuk bekerja dan bersekolah.

Masyarakat perlu bersedia dan menerima hakikat bahawa pandemik Covid-19 akan terus berlegar untuk tempoh 2 tahun, sehingga vaksin dan rawatan khusus di temui.
.

Dalam tempoh ini, 3 amalan ini perlu dijadikan rutin. Seperti mana rutin anda makan, minum dan tidur setiap hari.

1. Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.

2. Menggunakan topeng muka.

3. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.
.

3 Perkara ini pula perlu kita elakkan

● Elakkan berada di Kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)

● Elakkan berada di dalam Kawasan yang tertutup (confine space)

● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation)

.
Pesanan penting untuk bulan ramadhan dan syawal ini;

● Amatlah penting untuk kita tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.

● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.

● Jangan adakan rumah terbuka ketika hari raya tahun ini

● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.

Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.

Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Infografik oleh PHM