Klinik Desa Felda Jenderak Utara telah mengadakan pemeriksaan pap smear pada 6 Julai 2022 pada jam 2.30 petang - 4.00 petang. pap smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. jika ia tidak dirawat, ia boleh membawa kepada kanser serviks. Kanser serviks merupakan kanser di antara yang tertinggi di kalangan wanita Malaysia. kanser serviks adalah keadaan apabila sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser. Dengan membuat pemeriksaan pap semear, ia dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser itu terjadi. pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit sepenuhnya. kita perlu menjalani ujian pap smear 3 tahun sekali.